“Deg1lnya ya ampun” – Jemaah Di Kalimantan Selatan Rempvh Pagar Masjid Sebab Nak Solat Jumaat

Sebanyak 30 kes baharu jangkitan wabak C0VlD-19 dicatatkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka keseluruhan sebanyak 3,842 kes. Manakala jumlah korban dicatatkan pula ada sebanyak 327 kem4tian. Ini menurut laporan yang diambil dari Jakarta Globe.

Kita tahu, Indonesia adalah sebuah republik yang besar justeru populasinya juga besar. Jadi agak sukar untuk pemerintah menguruskan rakyatnya ketika pandemik ini mula melanda negara itu — hinggakan ia kini diibaratkan sebagai bom jangka.

Di laman sosial baru-baru ini, bertebaran video menunjukkan sekumpulan jemaah berkerumun sambil menolak-nolak pagar masjid — meminta untuk dibenarkan masuk bagi menunaikan solat Jumaat.

Rakaman yang diperoleh ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter.

Pengguna Twitter dari Indonesia send1rit turut berkongsi video sama dan memaklumkan kejadian itu berlaku di Masjid Al-Karomah Martapura, Kabupaten Banjar Kalimantan Selatan pada 10 April lalu.

Difahamkan, ia berlaku setelah penduduk di situ tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat selama dua minggu berturut-turut dan bimbang sekiranya keadaan itu akan membuatkan mereka jatuh k4f1r dan murt4d.

Apa pun, semoga situasi ini tidak terjadi di Malaysia. Dengan menjelang tibanya bulan Ramadhan tidak lama lagi — adalah baik kita menumpukan ibadah di kediaman masing-masing demi menjaga kesihatan orang awam secara keseluruhannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Deg1lnya ya ampun” – Jemaah Di Kalimantan Selatan Rempvh Pagar Masjid Sebab Nak Solat Jumaat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*