41 pelajar tahfiz positif C0vld-19 sudah sembvh dan dibenarkan pulang

KUALA LUMPUR: Seramai 41 pes4kit positif C0vld-19 dalam kalangan pelajar tahfiz yang menghad1ri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling sudah sembuh daripada jangkitan C0vld-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pelajar Madrasah Miftahul Ulum, Seri Petaling itu sudah didiscaj dari Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), hari ini.

Katanya, sebelum ini mereka dikuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) dan dimasukkan ke HCTM pada 2 April lalu.

“Mereka adalah pelajar lelaki berusia antara 14 dan 29 tahun yang terdedah kepada C0vld-19 sama ada ketika menghad1ri perhimpunan di Masjid Seri Petaling pada awal Mac lalu dan persekitaran masjid selepas perhimpunan.

“Semuanya tidak mengalami sebarang simptom dan dua ujian swab saringan awal pada pertengahan Mac dan 24 Mac adalah negatif.

“Mereka dikuarantin di ISM dan pada 2 April, keputusan ujian swab ketiga yang diambil pada 30 Mac adalah positif C0vld-19.

“Pelajar berkenaan seterusnya dimasukkan ke HCTM bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, rawatan di HCTM berjalan lancar dan hanya seorang daripada mereka mengalami simptom batuk pada 5 April dan diberikan rawatan hydrochloroquine.

Dr Noor Hisham memaklumkan, dari aspek perubatan, saringan untuk diagnosis dan rawatan awal amat penting bagi memastikan pes4kit positif C0vld-19 berpeluang sembuh sepenuhnya.

“Kumpulan pelajar ini adalah pes4kit pada usia muda. Justeru, proses penyembuhan dan prognosis mereka lebih baik berbanding pes4kit berusia atau yang menghidap peny4kit kronik lain seperti tekanan d4rah tinggi atau kencing manis.

“Bagaimanapun, mendapatkan rawatan di peringkat awal pada tahap satu sehingga tiga adalah amat penting.

“Daripada aspek kawalan C0vld-19, proses kuarantin awal dan isolasi di wad bagi 41 pelajar ini selepas didapati positif adalah langkah yang amat penting,” katanya.

Beliau menjelaskan, dalam kes itu, semua pelajar berkenaan tidak mengalami simptom tetapi mampu menjangkiti dan menyebarkan C0vld-19 kepada masyar4kat sekeliling tanpa menyedari mereka dijangkiti.

Justeru, katanya, keperluan kepada proses pengesanan, kuarantin, isolasi dan rawatan awal ke atas pelajar berkenaan adalah langkah tepat bagi membantu proses penyembuhan, menyekat penyebaran serta memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "41 pelajar tahfiz positif C0vld-19 sudah sembvh dan dibenarkan pulang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*