Mahu Ajar Anak Berdikari Sendiri Ini Tipsnya

Mahu Ajar Anak Berdikari Send1ri Ini Tipsnya | Ajarkan aktiviti rutin sehari-hari

:”:Lakukan aktiviti seperti makan, mandi, tidur, dan bermain dalam urutan yang sama setiap hari. Ini akan membantu anak untuk menjangka sesuatu aktiviti itu setelah dilakukannya.

Kemampuan anak untuk meletakkan jangkaan akan membangun rasa percaya d1rinya sebagai modal utama untuk membangunnya berdikari. 

Ciptakan rutin yang normal

:”:Buat jadual rutin yang sesuai dengan jadual kegiatan keluarga secara keseluruhan. Misalnya, biasakan bangun tidur dan sarapan bersamaan waktu anda.

Jika tidak, biarkan dia mengikuti jadualnya send1ri. Anda tidak perlu memaksanya. Ini kerana jika anak tidak mampu melakukan apa yang anda inginkan akan memupuk rasa rendah d1ri.

Bersikaplah fleksibel

:”:Tidak perlu bersikap kaku kerana keperluan anak berbeza pada setiap hari. Ada kalanya dia memerlukan tidur dua kali sehari tapi ada kalanya hanya satu kali bila jumlah waktu tidurnya sudah dipenuhi.

Anda tidak perlu memaksanya mematuhi jadual tidur. Anda dapat mengganti waktu tidur yang tidak digunakannya dengan bermain. Paling penting aktivitinya dilakukan pada urutan yang boleh dijangkakannya.

Anda juga tidak perlu mem4rahinya jika dia belum mampu mematuhinya sesuai dengan keinginan anda. Nilai perkembangan kemajuan dalam melakukan rutin. Jangan lupa memberikannya pujian apabila dia dapat melakukan rutin tanpa paksaan.

Melatih anak menyiapkan kelengkapan

:”:Sebelum mandi, minta anak membantu mengambil tualanya send1ri. Setelah selesai mandi, minta dia memilih baju yang akan dipakainya.

Kegiatan seperti ini akan membuat anak merasa menjadi sebahagian dari seluruh aktiviti rutin dalam kehidupan sehari-hari hingga dia dewasa kelak.

Membuat alat bantu untuk mengingatkan

:”:Buat jadual dalam bentuk poster bergambar. Bantu dia membaca gambar. Misalnya untuk menunjukkan waktu pagi, siang dan malam, gunakan gambar bulan dan matahari yang berbeza-beza.

Bagi menunjukkan kegiatannya, gunakan gambar. Misalnya berus gigi untuk menggosok gigi, pinggan untuk makan dan sebagainya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : NasihatMedia


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Mahu Ajar Anak Berdikari Sendiri Ini Tipsnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*