Anda Mahu Didoakan 70 Ribu Malaikat Ketika Meninggal Dunia

SUBHANALLAH!!! Anda Mahu Didoakan 70 Ribu Malaikat Ketika men1ngg4l Dunia | Siapa yang tidak gembira jika ketika men1ngg4l di doakan lebih kurang 70 ribu malaikat. Pasti orang yang seperti ini sangat beruntung sekali.

Sebagai umat Muslim yang taat kita pasti bertanya-tanya amalan seperti apa sehingga Malaikat Allah SWT melakukan demikian kepada kita manusia.

Pada kali ini kita akan mengetahui amalan tersebut ialah hanya dengan membaca surah Al-Quran yang sangat pendek dan ini termasuk ke dalam Juz ‘Amma. Baca lebih lanjut lagi.

Kisah ini d1riwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Pada suatu pagi Rasulullah SAW bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak,

Matahari kelihatan begitu malap dan kurang bercahaya seperti biasanya. Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihamp1ri oleh Malaikat Jibril.

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril: “Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung? ”

“Ya Rasulullah, Matahari ini nampak malap kerana terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalangnya.” Jawab Malaikat Jibril. Rasulullah SAW bertanya lagi: “Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalang matahari saat ini?”

“Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat.” Jawab Malaikat Jibril. Rasulullah SAW bertanya lagi: “Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?”

Kemudian Malaikat Jibril menjawab: “Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan shalawat kepada salah satu umatmu.”

“Siapakah dia, wahai Jibril?” Tanya Rasulullah SAW. “Dialah Muawiyah … !!!” jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia men1ngg4l mendapat kemuliaan yang sangat luar biasa ini?”

Malaikat Jibril menjawab: “Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, masa duduk, waktu berjalan, masa berd1ri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas.”

Malaikat Jibril meneruskan penuturannya: “Dari itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut.”

Allahuakbar, SubhanAllah sahabat, Allah Maha Besar bacalah sekali lagi hadis diatas sahabat begitu besar nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada seorang hamba-Nya jika menyempatkan d1ri untuk mengamalkan serta membaca Surrah Al-Quran iaitu Al Ikhlas setiap hari.

Dan Insya Allah akan didoakan oleh Malaikat Allah serta juga Insya Allah akan dimasukkan ke dalam golongan-golongan orang-orang yang mendapat kemenangan pada hari akh1r4t nanti iaitu menjadi salah satu penghuni Syurga-Nya, Amiin.

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: “Adakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur’an dalam semalam?”

Mereka menjawab, “Bagaimana mungkin kami boleh membaca sepertiga Al-Qur’an?” Lalu Nabi SAW bersabda , “Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur’an.” (HR Muslim)

Demikianlah sahabat tentang amalan yang baik untuk dilakukan dalam kehidupan sehari-hari. Amalkanlah sahabat di mana-mana para sahabat berada. Semoga bermanfaat bagi semua. Jazakumullah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : NasihatMedia


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Anda Mahu Didoakan 70 Ribu Malaikat Ketika Meninggal Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*