Kita mmg kena jujur…- Suami Elly Mazlein kongsi kisah cinta di Meletop, “Bijak Meletop gandingkan Nora Danish… terbaik”

Kisah percintaan antara pelakon Elly Mazlein bersama seorang cikgu mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Meskipun, sudah sah bergelar suami isteri pada sabtu lalu namun pasangan ini tetap menjadi tumpuan ramai.

Terbaru, Elly Mazlein dan suaminya menjadi tetamu jemputan di program Meletop dan ternyata temu bual mereka bersama pengacara malam tadi, Nora Danish dan Nabil Ahmad mencuit hati peminat dan penonton.

Tidak hanya dapat melihat moment sweet Elly Mazlein bersama suaminya, Mohamad Azlan namun turut dapat mendengar perkongsian kisah cinta mereka ketika bertemu pada awal perkenalan mereka.

Kisah cinta itu dikongsikan oleh suaminya send1ri di Meletop yang mana bertemu dimajlis akikah kawan dan kemudiannya jatuh cinta selepas melihat Elly Mazlein.

Dalam pada itu, Elly Mazlein turut memberitahu sebab dia tidak mendedahkan siapa jejaka pilihannya itu sebelum ini.

Ternyata majlis perkahwinan pasangan ini juga dikatakan Wedding of the Year selain bercerita mengenai kek di majlis bahagia mereka yang menjadi bualan ramai.

Diruangan komen, rata-rata sangat suka dengan sikap Elly Mazlein atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom yang lucu selain wajah berseri selebriti ini juga mendapat pujian.

“Minat sangat dengan Elly Mazlein ni, lawak dia…”

“Aku pulak yang rasa terlebih bahagia tgk diorg…”

View this post on Instagram

@hamidijamili was trying his best to do my hair dengan masa Yg mencemburui Nak match kan dengan baju Yg @meletop @minluna carikan dari #lilitxwoofiziwoo @lilit_woman @fiziwoo , Make up pulak sentuhan dari @erinleolamakeupartist Yg mmg always onzzz , Di captured pulak moment moment ini Oleh @echolaliapictures , thank u guys for all the effort. Xoxo.

A post shared by Nora M Danish (@noradanish) on

“Bijak Meletop gandingkan Nora Danish… terbaik”- Netizen

Sudah 3 kali program Meletop mewarnai tahun baharu 2020. Meskipun, belum ada pengumuman rasmi siapa penganti Neelofa yang sudah mengundurkan d1ri namun program berkenaan tetap mendapat respon baik daripada netizen.

Jika sebelum ini, pelakon Erra Fazira dan pengacara Sherry Alhadad dijemput sebagai pengacara jemputan namun malam tadi, penonton dapat melihat gandingan Nora Danish pula bersama pengacara tetap, Nabil Ahmad.

Pelakon jelita itu bagaimanapun tidak ketinggalan berkongsikan beberapa keping foto ketika mengacara di program popular itu menerusi laman Instagram.

Hos jemputan Meletop, Nora Danish jadi perhatian

Selain berkongsikan foto, Nora Danish juga dilihat mengucapkan terima kasih buat Nabil Ahmad dan program berkenaan serta kepada penonton.

“Thank u @nabilzira for today, thank u @meletop for having me. N thank u penonton yang menonton.” Ujarnya melalui posting berkenaan.

Pun begitu, menerusi ruangan komen rata-rata memberikan pandangan positif apabila pengacara jemputan Meletop kali ini ialah Nora Danish.

Dalam pada itu, netizen turut akui bahawa pelakon ini sesuai untuk mengacara program Meletop dan kecomelannya juga menerima pelbagai komen ramai.

“Sesuai Nora jadi pengacara Meletop”

“Meletop plsss Nora ganti Lofa…”

“Tak pernah tak comel lah Kak Nora ni”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Meletop, Instagram via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kita mmg kena jujur…- Suami Elly Mazlein kongsi kisah cinta di Meletop, “Bijak Meletop gandingkan Nora Danish… terbaik”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*