Keluarga Aeril Zafrel jadi pilihan netizen, kurang bermasalah & happy selalu

Keluarga pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi pilihan netizen apabila merasakan keluarga mereka dilihat kurang bermasalah dan gembira selalu.

Sememangnya Aeril Zafrel mahupun Wawa Zainal jarang sekali terpalit kontroversi melibatkan keluarganya malah pasangan ini telah mendapat pujian ramai kerana ‘setia’ malah sentiasa sweet selain netizen juga seronok melihat mereka menyakat satu sama lain.

Selain popular dalam industri hiburan, kejayaan pasangan ini sebagai usahawan kosmetik juga meraih perhatian ramai yang kini sudah semakin berjaya.

Terbaru, Aeril Zafrel menerusi laman Instagram memuat naik satu rakaman video dan mengh4rapkan agar semua mendoakan hubungan keluarganya berkekalan.

Keluarga ini pada tahun lalu, sudah berlima setelah mereka dikurniakan cahaya mata ketiga, Ayya Soffya selain turut mempunyai dua orang anak sangat comel, Attar dan Hayla.

Keluarga Aeril Zafrel jadi perhatian

View this post on Instagram

Doakan hubungan ini berkekalan… Terima kasih ALLAH untuk semuanya…

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

“Doakan hubungan ini berkekalan… terima kasih Allah untuk semuanya,” tvlisnya ringkas menerusi posting.

Menerusi video, kelihatan pula mereka sekeluarga merakam tangan dan lucunya juga tangan anak mereka yang masih kecil juga kelihatan.

Bagaimanapun, pengikut dan peminat Aeril Zafrel rata-rata telah mengaminkan doanya selain posting berkenaan juga meraih lebih 190,000 tanda suka dalam masa sekejap.

“Aminn… semoga bahagia kekal ke jannah”

“Allahu, sweetnya rasa kita pulak yg tacing tengok…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Aeril Zafrel via HCL


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Keluarga Aeril Zafrel jadi pilihan netizen, kurang bermasalah & happy selalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*