Budak Menari ‘Mengantuknya Mumia’ Di Sekolah Raih Perhatian Ramai

Bermulanya sesi persekolahan awal tahun ini pelbagai gelagat anak-anak dapat dilihat. Ada yang gembira dan ada juga yang sukar untuk berpisah dengan ibubapa mereka. Maklumlah sekolah kebangsaan dengan jumlah murid yang ramai memang boleh buat anak-anak gementar. Namun lain pula dengan seorang budak ini yang gembira menari bila dengar lagu ‘Mengantuknya Mumia’.

Video pemilik asal faxriena dan kemudiannya dikongsikan semula oleh hotfm976 ini telah meraih perhatian ramai. Dalam video yang dikongsikan itu kelihatan murid-murid sedang beratur di tapak perhimpunan.

Foto dari petikan lagu ini di YouTube

Apa yang menariknya mengenai video ini adalah gelagat seorang adik yang berpakaian sekolah sedang menari dengan berlatarbelakangkan lagu ‘Mengantuknya Mumia’. Lagu dari s1ri animasi Didi & Friends ini pernah menjadi bualan hangat netizen beberapa bulan lalu.

Berikut adalah video budak menari ‘Mengantuknya Mumia’ yang menjadi tular di sosial media itu:

View this post on Instagram

Comel gile weh budak ni. 😍😍😍 Anak sapa lah ni?? Credit: @faxriena

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Perkongsian di laman Instagram Hot FM ini sejak tiga jam lalu telah meraih lebih 155,000 tontonan dan hampir 30,000 likes.

Menerusi ruangan komen ada yang memaklumkan adik ini bernama Isabelle dan cukup terkenal di aplikasi Tik Tok.

Selain dari itu, rata-rata netizen men1ngg4lkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Wahh wahh diaa..cutee ngatt2 ni”

                                                                 

“Selalu ikut mak zumba ni bagus2”

“Sejenis Kak Lina Pompom ni awesome”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: faxriena / hotfm976 via HCL


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Budak Menari ‘Mengantuknya Mumia’ Di Sekolah Raih Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*