Izara Aishah Hamil Enam Bulan

Memetik laporan Berita Harian, pelakon Izara Aishah mengesahkan d1rinya kini sedang hamil enam bulan.

Jelasnya lagi, 2020 merupakan impian dia dan suami, Adib Khalid untuk menimang cahaya mata menjelang 2020.

“Sejak mend1rikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikm4ti masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.

“Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan send1ri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menvduh saya mandul.

“Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi.

“Saya langsung tiada alahan. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan juga sihat. Saya send1ri masih memenuhi pelbagai undangan, termasuk majlis perkahwinan teman baik, Farah Nabilah, baru-baru ini.

“Semoga proses kelahiran anak kami nanti juga akan dipermudahkan,” kata seperti yang dipetik.

Pelakon drama bers1ri Ombak Rindu ini mengikat tali perkahwinan dengan Adib Khalid pada 17 November 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Berita Harian


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Izara Aishah Hamil Enam Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*