“Hmmmm… dakkk erhhh” – Kecoh pemuda Gambia makan ayam cicah budu, rupa-rupanya ramai kena game

“HMMM… dakkkk erhhh”.

Demikian kedengaran komen seorang pemuda warga Gambia selepas menikm4ti nasi lauk ayam bersama budu.

Rakaman gelagat pemuda itu menikm4ti sos ikan bilis itu menjadi tular selepas dikongsi seorang netizen di Twitter.

Video berdurasi 21 saat itu dengan kapsyen ‘cara-cara makan budu yang sebenar’ mendapat lebih 160,000 tontonan di platform media sosial itu.

Posting ‘cara-cara makan budu yang sebenar’ menjadi tular di Twitter.

Dalam video itu, pemuda tersebut yang dikenali sebagai Waka Jeng itu turut mengajar orang ramai cara untuk menikm4ti makanan kegemaran rakyat Kelantan itu.

“Jadi saya mahu ajar anda cara-cara untuk makan budu. Goncang botol terlebih dahulu. Tuang ke dalam pinggan. Calit ayam dengan budu. Ambil sedikit nasi dan suap,” katanya.

 

Saya hanya cuba untuk menikm4ti budu saya bro. Saya tidak tahu (video) ini akan dikongsi secara online.

WAKA JENG

PELAJAR

Ketika ditanya salah seorang rakannya yang merakam video itu adakah budu sedap, jawapan Waka ternyata menghiburkan hati netizen.

“Hmmm… dakkkk erhhh (sambil membuat isyarat OK),” kata penuntut di sebuah universiti tempatan di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan itu.

Bagaimanapun, pemuda berkenaan menerusi ruangan komen pada posting yang viral itu menjelaskan kisah di sebalik video tersebut.

Waka dilihat tidak kekok menikm4ti hidangan itu.

“Saya hanya cuba untuk menikm4ti budu saya bro. Saya tidak tahu (video) ini akan dikongsi secara online,” katanya.

Waka juga tidak menduga videonya itu akan tular di Twitter.

“Lol (video) kini di Twitter sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, netizen turut menyedari bahawa Waka hanya sekadar berlakon menikm4ti hidangan tradisional itu.

Antara komen netizen melihat gelagat Waka menikm4ti ayam cicah budu.

“Weh dia tak makan pun ayam dia cicah budu tu,” kata Anis.

“Tulah baru perasan, rupanya hanya lakonan,” tvlis Arif.

“Baru nak tvlis ada geng makan ayam cicah budu ruponyo (rupa-rupanya) tak make (makan) pun aye (ayam) tu” kata Jaa.

View this post on Instagram

Wow siap ada tutorial cara-cara nak makan budu. Part dakkk erhhh tu padu 😂🤣 Kredit video Twitter _ArifHisham_ #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : mStar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Hmmmm… dakkk erhhh” – Kecoh pemuda Gambia makan ayam cicah budu, rupa-rupanya ramai kena game"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*