Wanita Ini Dedah ‘Rahsia’ Jual Nasi Lemak 200 Bungkus Seawal Jam 4AM Setiap Hari. Power!

Orang Malaysia ini sebenarnya mudah sahaja untuk buat mereka puas hati. Salah satunya dengan menjual makanan yang sedap, konsisten, tidak kedekut dan pastinya bersih.

Image via Just Run Lah!

Paling penting, harga pun berpatutan. Janganlah jual dengan harga yang cekik darah pula. Sedap, murah, bersih dan konsisten pun dah memadai.

Seperti seorang makcik ini yang dikenali sebagai Rahmah Bujai, 55, dan juga penjual Nasi Lemak sedap di Taman Maluri, Kuala Lumpur baru-baru telah tular di media sosial kerana dia mula menjual nasi lemak seawal jam 4 pagi

Rahmah, penjual nasi lemak.

Image via Mohamad Shahril Badri Saali / Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Rahmah mula menjual nasi lemak ini sejak 25 tahun lalu untuk mencari rezeki dan ditemani oleh saudara lelakinya. Dia merupakan seorang ibu kepada lapan orang anak berusia antara 15 hingga 30 tahun.

Dia turut memberitahu bahawa kebanyakan pelanggannyaa terdiri daripada penduduk setempat, pekerja syif dan penuntut kolej sekitar kawasan itu. Ada pelanggan bertahun-tahun masih setia datang mencari nasi lemak termasuk bekas pelajar kolej kawasan tersebut.

Malah, ada yang sanggup datang dari jauh iaitu dari Puchong, Kajang, Ampang, Damansara, Gombak serta sekitar Lembah Klang.

Apabila ditanya, apa rahsianya mengekalkan keenakkan rasa nasi lemak hingga ramai pelanggan setia menggilakannya? Dia menjawab bahawa ada pakej ikhlas dan tidak kedekut bahan menjadi prinsipnya.

Image via Mohamad Shahril Badri Saali / Harian Metro

“Rahsia saya ikhlas semasa masak. Nak tahan niaga lama masak elok-elok biar sedap nanti pelanggan tetap cari. Jangan kedekut bahan. Contohnya, sekarang musim bawang mahal tetapi saya tidak kurangkan tetap jaga kualiti.

“Saya yakin rezeki tidak pernah putus dan jualan sentiasa habis berkat saya menggembirakan hati pelanggan disebabkan tidak pernah berkira dan niat berniaga sambil bersedekah,” katanya.

Malah, nasi lemaknya ini boleh dimakan oleh dua orang. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh seorang pelanggan setianya, Hasanah Ma’asum, 20.

“Saya menjadi pelanggannya sejak 2017 ketika itu saya belajar di sini. Dia peramah dan sangat tidak berkira dengan kami. Sampai sekarang masih macam dulu selalu beri lauk dan nasi banyak sampai dua orang boleh makan tetapi harga tetap murah tidak masuk akal.

“Saya paling suka sambal bilis dan sambal kerangnya dari dulu sampai sekarang rasanya tidak pernah berubah,” kata Hasanah.

Rahmah menyediakan 200 bungkus nasi lemak setiap hari untuk dijual bermula jam 4 pagi hingga sebelum jam 6 pagi.

Image via Mohamad Shahril Badri Saali / Harian Metro

Rahmah menyediakan 17 kilogram beras bersama lapan jenis masakan lauk yang dianggarkan mampu terjual 200 bungkus nasi lemak setiap hari.

Dia turut menjelaskan bahawa dia akan mula masuk dapur 4 petang menyediakan bahan masakan lauk dan sambal sebelum sambung masak nasi dan bihun kira-kira 1 pagi. Jam 4 pagi, dia akan keluar dari rumah dan biasanya sebelum 6.30 pagi dia pulang ke rumah dan rehat sebentar sebelum ke pasar membeli barang pada tengah hari.

Biarpun ada kalanya tidak cukup rehat, saya tetap cekal harungi kehidupan di bandar kerana ini saja pendapatan kami sekeluarga memandangkan dua anak di universiti dan anak bongsu masih bersekolah.”Rahmah, penjual nasi lemak.

Pelanggan nasi lemak Rahmah datang bersilih ganti tidak kira bangsa seawal jam 4 pagi untuk beratur panjang.

Image via Mohamad Shahril Badri Saali / Harian Metro

Seorang pelanggan nasi lemak Rahmah yang dikenali sebagai Steven Foo, 50, menjelaskan bahawa dia merupakan salah seorang daripada ratusan pelanggan Rahmah yang setia beratur seawal 4 pagi untuk membeli nasi lemak itu.

“Susah hendak dapat rasa nasi lemak sesedap ini. Bau wangi nasinya dan rasa santannya dipadankan dengan sambal ikan bilis dan sotong serta ayam rendangnya membuatkan saya tidak pernah jemu,” kata Steven.

Malah, tidak sampai tiga jam, dua tong nasi lemak dan lapan bekas lauk pauknya sudah habis licin.

Memang power nasi lemak Rahmah ni!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : OhBulan


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wanita Ini Dedah ‘Rahsia’ Jual Nasi Lemak 200 Bungkus Seawal Jam 4AM Setiap Hari. Power!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*