“24 Tahun Guna Contact Lens Beri Kesan Pada Kornea Mata” – Lisa Surihani Selamat Jalani Rawatan Lasik

Pelakon yang juga juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM2019), Lisa Surihani selamat menjalani rawatan lasik, iaitu pembedahan pembetulan penglihatan baru-baru ini.
 
Lisa berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.
 
Menurut Lisa, penggunaan kanta lekap selama 24 tahun memberikan kesan pada bahagian kornea matanya.
 
“Ini adalah gambar Lisa masa buat pemeriksaan mata 12 Disember 2019 yang lepas di @profmuhayaeyelasikcentre.
 
“Untuk yang tidak tahu, Lisa nak buat Flapless pada hari tersebut tapi nak dijadikan cerita, Lisa perlu tangguhkan pembedahan tersebut. Nak tahu sebab apa?
 

“Sebab… Penggunaan ‘contact lens’ bertahun- tahun ni (24 tahun guys) dah memberi kesan kepada struktur kornea Lisa!
 
“Tapi… Alhamdulillah Lisa berjaya juga melalui pembedahan Flapless setelah menjalani sesi terapi mata yang membantu struktur kornea Lisa kembali normal!” kongsinya.

View this post on Instagram

Yong mcm “whoa, that’s mummy’s eyeeee!” Ini adalah gambar Lisa masa buat pemeriksaan mata 12 Disember 2019 yang lepas di @profmuhayaeyelasikcentre. Untuk yang tidak tahu, Lisa nak buat Flapless pada hari tersebut, tapi nak dijadikan cerita, Lisa perlu tangguhkan pembedahan tersebut. Nak tahu sebab apa? Sebab… penggunaan "contact lens" bertahun- tahun ni (24 tahun gais) dah memberi kesan kepada struktur kornea Lisa! Tapi alhamdulillah, dengan kelengkapan perkhidmatan di PMELC, Lisa berjaya juga melalui pembedahan Flapless setelah menjalani sesi terapi mata yang membantu struktur kornea Lisa kembali normal! Jadi, kalau anda memakai "contact lens" tapi takut tidak sesuai nak jalani rawatan bebas rabun, jangan risau! Di PMELC, ada cara yang boleh kita usahakan! Terapi apa yang mereka gunakan? Nanti Lisa akan kongsikan lagi! Jom, book appointment hari ini! Easy step, Hubungi : 03 – 8741 5138 Layari : www.pmelc.my Gunakan kod "LS01" dan dapatkan saringan mata PERCUMA untuk peneman anda! Wow!

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Terdahulu, Lisa pernah memberitahu dia menggunakan kanta lekap sejak berusia sembilan tahun untuk penglihatan lebih jelas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“24 Tahun Guna Contact Lens Beri Kesan Pada Kornea Mata” – Lisa Surihani Selamat Jalani Rawatan Lasik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*