“Niat Nak Buat Kenangan Je, Sekali…” – Berambut Panjang Ke Sekolah, Anak Aeril Zafril Dikecam Netizen

Pelakon Aeril Zafril mengundang reaksi negatif ‘makcik bawang’ apabila memuat naik foto anaknya menghad1ri hari pertama sesi persekolahan.

Menerusi laman sosial Twitter, Aeril berkongsi komen-komen ‘makcik bawang’ yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga untuk tatapan umum.

“Niat nak muat naik gambar buat kenangan je, haha sekali ambil kau,” tvlis Aeril menerusi satu kicauan bersama foto komen kecaman tersebut.

Semalam Aeril dan Wawa berkongsi foto menghantar anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, ke sebuah sekolah swasta.

Penampilan Attar yang berambut panjang dan kelihatan seperti tidak terurus membuatkan ‘makcik bawang’ terus menyerang keluarga ini di ruangan Facebook.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya bersimpati dengan kecaman yang diterima anak pasangan itu.

Malah, ada juga yang meminta pasangan ini supaya kekal di Twitter kerana laman sosial Facebook dipenuhi dengan golongan yang gemar ‘membawang’.

“Tahu tak Facebook tu macam dunia zombie. Kalau berani jejak Facebook kena la tanggung risiko kena gigit dengan zobie-zombie tu. Nak selamat duduk Twitter je,” komen seorang wargamaya.

“Kesian juga aku baca komen-komen kau ni. Aku tak sure followers kau ni orang ke beruk. Bertabahlah bro,” ujar seorang wargamaya.

“Sebab tu kita ada Twitter. Lepak Twitter je bro,” pesan seorang wargamaya.

“Aku lepas berhenti main Facebook, hidup aku jadi tenang. Sana macam gelanggang berg4duh dah.

Sekadar info, Aeril dan Wawa, 28, mend1rikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Attar, Hayla, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Niat Nak Buat Kenangan Je, Sekali…” – Berambut Panjang Ke Sekolah, Anak Aeril Zafril Dikecam Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*