Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 hari ini.
Perkara itu dikongsi menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menariknya, Vivy berkongsi foto video menerima hadiah berupa dua bagasi jenama mewah dari anaknya, Daniel dan Mariam.
Bagasi pertama yang diterima telah ditvlis huruf DMS yang membawa maksud Daniel, Mariam dan Sarah.
Manakala bagasi kedua bertvlis VSY (Vivy Sofinas Yusof), Vivy kelihatan sangat gembira dalam video itu.
“Semoga Allah SWT memberkati anak-anak saya untuk terus menjadi pemurah dan ‘sweet’.
“Terima kasih @fadzaanuar kerana mengajar anak-anak untuk menyayangi ibu mereka, bukan hari ini sahaja, tapi setiap hari,” tvlis Vivy sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Vivy mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buatnya.
Sekadar info, Vivy dan suaminya, Fadzarudin Shah, 31, mend1rikan rumah tangga pada tahun 2012 dah telah dikurniakan tiga cahaya mata Daniel Azim Shah, 6, Mariam Iman Shah, 4 dan Sarah Ilham Shah yang kini berusia setahun.
Sumber : gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Be the first to comment on "Wow Vivy Yusof Terima Hadiah Mewah Dari Anak Sempena Hari Lahir"