“Tuhan Tarik Satu, Tuhan Bagi Satu,”- Naqiu Cerita Pengalaman Indah Duet Sama Azmi Caliph Busker

“Tuhan tarik satu, Tuhan bagi satu.” Itu kata yang terluah dari finalis Gegar Vaganza musim keenam (GV60, Naqiu yang menyifatkan pasangan duetnya pada saingan separuh akhir semalam, Azmi Saat sebagai seorang penyanyi hebat.

Malah, dia turut akui rakan duetnya menerusi lagu Hanya Namamu itu sebagai penyanyi yang mempunyai kemampuan menjiwai sesebuah lagu dengan baik.

“Saya akui dia menyanyi memang sangat bagus. Malah saya yang menyanyi di sebelahnya pun rasa seb4k dengan ‘feel’ yang diberikan. Saya seorang yang pentingkan ‘feel’ dalam lagu akan tetapi dia punya ‘feel’ itu lagi ‘dalam’.

“Apa yang juri beritahu pun saya akui, ibarat langit dengan bumi sebenarnya. Kalau dengar susunan lagu tersebut sebelum ini, ia nampak sangat saya ni tertinggal agak jauh. Jadi sebab itulah susunan kena tukar. Nampak seperti bukan saya yang bertanding.

View this post on Instagram

#LiveUpdateMO Kesayangan Naqiu semua, saya 'Kembali Berontak Dalam Rentak' dengan lagu duet 'Hanya NamaMu' bersama #AzmiSaat & lagu solo 'Always' pada minggu separuh akhir Gegar Vaganza musim keenam. Doakan segalanya dipermudahkan malam ini. Moga kalian semua terhibur! 🙏🏼💗 . Management: @mindorder Photographer & Videographer: @neonpixelofficial Makeup: @kasihcicie Hair: @nurulshukor_official Designer: @eusopthsalleh_official IEM: @ezd_acoustic_my Fans Club: @naqiurious . #MindOrder #MindOrderManagement #NaqiuxMindOrder #NaqiuBoboy #NaqiuGV19 #Naqiurious #GV6 #GegarVaganza2019 #GegarVaganza @gegarvaganzaofficial

A post shared by Naqiu (Boboy) (@thisisnaqiu) on

“Suara saya lebih kepada rock, jadi Datuk Ramli cadangkan suntik elemen Rock. Apa pun, saya akui memang Azmi memang terbaik. Saya puas hati juga sebab ini persembahan yang paling baik berbanding latihan sebelum ini,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, bintang berusia 33 tahun ini juga tidak menafikan dia dan Azmi mempunyai persamaan dan tidak menolak andai selepas ini ada projek lain yang mahu menggandingkan keduanya.

“Sebenarnya dia ada beritahu, takut untuk berduet dengan saya. Saya tanya kenapa kerana sepatutnya saya yang rasa takut kerana bakal nyanyikan lagunya.

“Kemudian dia beritahu sudah pun mengikuti perkembangan saya sepanjang GV6. Kalau ada isi masa bersembang untuk cari keserasian dan rupanya kami miliki banyak persamaan. Manalah tahu selepas ini ada kerjasama lain, InsyaAllah,” jelas Naqiu lagi.

Sementara itu menerusi segmen solo, bintang berkenaan menyampaikan lagu Inggeris, Always yang dipopularkan oleh Bon Jovi.

#MHLive PC GV Semi Final GV6

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, December 15, 2019

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : MH


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tuhan Tarik Satu, Tuhan Bagi Satu,”- Naqiu Cerita Pengalaman Indah Duet Sama Azmi Caliph Busker"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*