“Tak Upload Gambar Cakap Gaduh .. Siap Ada Yang Kepoh-Kepoh Dekat Mesej ..” – Intan Najuwa Bengang Netizen Ganggu Tunangnya

Aktres Intan Najuwa berang apabila terdapat segelintir warganet yang cuba untuk memporak-porandakan hubungannya bersama tunang, Razrul Anwar Rusli.

Menurut Intan tindakan yang telah dilakukan itu telah mencabar kesabarannya.

Jelas pelantun utama drama Setelah Ku Dimiliki berkata tidak bermaksud dia mendiamkan d1ri pihak luar boleh berkata sesuka hati.

Tegas Intan dia juga manusia biasa yang mempunyai perasaan serta terguris dengan kata-kata yang telah dilemparkan kepadanya.

Dalam pada itu, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid merasakan sikap netizen sudah melampaui batas walaupun dia sudah memuat naik foto bersama tunangnya baru-baru ini.

Terdahulu, Intan telah ‘archive’ beberapa keping foto bersama tunangnya.

Tindakannya itu telah menimbulkan spekulasi netizen dengan mengatakan hubungan mereka sedang diambang pergolakan.

Foto aktor Zul Ariffin kelihatan memeluk Intan ketika mandi di laut yang tular di media sosial itu dikatakan ketika proses penggambaran drama Setelah Ku Dimiliki.

Namun pengarahnya, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan bukan babak dalam drama.

sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak Upload Gambar Cakap Gaduh .. Siap Ada Yang Kepoh-Kepoh Dekat Mesej ..” – Intan Najuwa Bengang Netizen Ganggu Tunangnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*