Lapan terselamat daripada rentung

KEPANTASAN anggota bomba menyelamatkan lapan individu termasuk wanita daripada rentung dalam kebakaran rumah kedai di Jalan Camar 1, Taman Perling di Johor Bahru, hari ini.

Dalam kejadian 7.50 pagi itu, mangsa daripada 17 penghuni rumah kedai terbabit yang terper4ngkap di tingkat dua dan tingkat tiga.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, K Karuppannan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.58 pagi dan sepasukan 15 anggota dengan dua jentera dan lori tangki air dikejarkan ke lokasi.

Katanya, mereka turut dibantu 10 anggota, satu jentera serta satu kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Skudai.

“Tiba sahaja di lokasi, anggota segera menyelamatkan mangsa menggunakan tangga bangunan dan pada masa sama, mengawal kebakaran daripada merebak.

“Tujuh daripada lapan mangsa yang diselamatkan sesak nafas dan kesemua mangsa berusia 17 hingga 34 tahun dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, difahamkan bangunan itu menempatkan 17 orang namun hanya lapan individu termasuk seorang wanita berada di dalam bangunan.

Selain itu katanya, anggota bomba menemui wang tunai RM1,105 dan Rupiah Indonesia 1,000 yang kemudian sebelum diserahkan kepada pemilik bangunan, disaksikan polis.

sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lapan terselamat daripada rentung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*