Sesaat terleka, wang simpanan “Ustaz Madi” h1l4ng disedut sc4mmer

SHAH ALAM – Pelakon Azhan Abdul Rani atau dikenali sebagai Azhan Rani  mengakui pernah menjadi m4ngsa pen1pvan atau ‘scammer’ sehingga hilang wang simpanan hasil titik peluhnya bekerja siang malam dalam sekelip mata.

Pelakon yang sinonim dengan watak Ustaz Hamadi itu berkata, kejadian pada dua tahun lalu memberi pengajaran besar dalam hidupnya.

“Masih segar dalam ingatan saya ketika itu, saya berada dalam kepenatan kerana baru selesai penggambaran sebuah filem dan dalam perjalanan untuk menghad1ri penggambaran s1ri Sembila, yang kini ditayangkan di Astro.

“Tiba-tiba saya dapat satu mesej mengenai pembelian daripada kredit kad sebuah bank yang tidak pernah wujud. Dek kelam-kabut, penat dan m4rah, maka saya terus hubungi nombor yang tertera,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, dari situ panggilan bertukar dari ‘pegawai A’ kepada ‘pegawai B’ dan seterusnya ke Bank Negara sehinggalah dalam sekelip mata wang simpanannya habis disedut keluar.

“Kejadian itu beri pengajaran besar dan menjadikan saya lebih berhati-hati pada masa akan datang. Bagi saya, masalah itu tidak pernah selesai.

“Memang ada penangkapan baru-baru ini, tapi belum ada sebarang pendakwaan, siapa yang berada di atas masih lagi terlepas. Cuma nasihat saya pada mereka di luar sana, berhati-hati, jangan mudah terpedaya,” katanya.

Azhan, 43, berkata, walaupun laporan polis dibuat sampai dua balai dan kertas laporan sehingga enam muka surat sekalipun, duit yang lesap itu tidak mungkin diperoleh semula.

“Saya mengakui apa yang berlaku adalah atas kebodohan d1ri send1ri dan saya berh4rap masalah penipuan atau scammer dapat diatasi.

“Kena ingatkan orang sekeliling terutamanya warga emas tentang taktik penipuan ini,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Sinar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sesaat terleka, wang simpanan “Ustaz Madi” h1l4ng disedut sc4mmer"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*