Nia Ramadhani gagal buka pintu bilik kerana terlalu canggih, cadangan anaknya memang lawak habis

PELAKON sinetron Nia Ramadhani terus menjadi perhatian netizen apabila gagal membuka pintu bilik tidurnya berikutan terlalu canggih. 

Menerusi posting di Insta story milik pembantu peribadinya, Theresa Wienathan, merakam aksi Nia yang sedang berusaha membuka pintu bilik sehingga beberapa minit.

“Tak boleh buka pintu bilik tidur send1ri. Itulah teknologi yang digunakan terlalu canggih,” kata Theresa yang turut geli hati melihat gelagat pelakon itu.

Tanpa menghiraukan apa yang dikatakan pembantu peribadinya itu, Nia dilihat tetap mencuba untuk membuka pintu biliknya sehingga dia terpaksa mencangkung untuk membukanya.

Lebih melucukan apabila anaknya yang turut berada di situ turut menghulurkan sebilah pisau kepada Nia untuk digunakan.

“Apa sayang? Guna pisau? Jangan macam-macam ya,” kata Nia.

Selepas beberapa percubannya itu gagal, Nia akhirnya berputus asa dan bertindak mencampakkan kunci pintu itu ke atas lantai.

“Apa nak buat ni? Dah cuba banyak kali tetap tak boleh buka. Nak pakai apa? Gergaji?” katanya lagi.

View this post on Instagram

Confidence is the secret to all beauty; there is no beauty that is attractive without confidence

A post shared by Nia Ramadhani Bakrie (@ramadhaniabakrie) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : mStar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Nia Ramadhani gagal buka pintu bilik kerana terlalu canggih, cadangan anaknya memang lawak habis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*