Kayda bikin ‘rap rojak’

Tampil berbeza, rap dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris yang dipaparkan dalam single Macam Macam menjadi taruhan terbaru Kayda dalam mengumpan peminat.

Anak kepada penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid ini mengangkat tema memperkasakan wanita dalam single ciptaan Lucka Sickta dengan l1rik nukilan send1ri.

Kali pertama menghasilkan l1rik penuh dalam bahasa Melayu, Kayda menganggap single berkenaan adalah luahan peribadi, selain menunjukkan kematangan d1ri.

“Saya mahu mengajak wanita lebih berani dan kuat dalam menghadapi pelbagai rintangan.

“Selain membawa mesej memperkasakan wanita, golongan Hawa usah cepat ‘cair’ dengan kata-kata manis lelaki. Wanita mesti mampu berdikari dalam membuat keputusan hidup.

“Sebagai wanita, kita ada kelemahan d1ri tetapi jangan biarkan ia menjadi penghalang dalam mengejar cita-cita,” katanya kepada BH Online.

Kayda berkata, istilah ‘macam-macam’ sering digunakan dalam kehidupan hariannya.

“Saya menghasilkan l1rik lagu ini berpandvkan kisah hidup saya. Apabila ditemubual, macam-macam soalan diajukan.

“Jika saya menghad1ri acara fesyen, misalnya, saya akan mengenakan macam-macam fesyen.

“Begitu juga dalam kisah cinta, lelaki dan wanita ada macam-macam per4ngai. Malah, dalam hidup, saya bertemu dengan macam-macam orang,” katanya menjelaskan mengapa judul ‘Macam Macam’ dipilih.

Mengenai proses pembikinan video muzik Macam Macam, Kayda atau nama sebenarnya, Wan Nur Khaleda Aziz memberitahu, ia tidak mengambil masa lama.

“Ini kerana pasukan pengurusan dan kru sudah tahu sudut yang dikehendaki dalam penggambaran,” katanya.

Kayda berkata, dia menampilkan elemen oriental dalam klip video berkenaan sesuai dengan rap dalam bahasa Mandarin yang digunakan dalam lagu.

“Aksi yang dipaparkan secara simbolik adalah seorang mah4rani dalam generasi sekarang yang lebih kend1ri dan perkasa tetapi masih kukuh dengan nilai ketimuran.

“Selain itu, saya tampilkan kepelbagaian budaya di Malaysia di mana kita mampu hidup bersama dalam suasana harmoni biarpun berdepan masalah zaman moden,” katanya.

Kayda pernah bekerjasama dengan ibunya dalam lagu Call On Me dan membintangi drama Mr Grey.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : BH ONLINE


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kayda bikin ‘rap rojak’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*