Pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran anak sulungnya, Uzair Haqimy yang disambut pada 20 Disember lalu.
Sheila memuat naik sekeping fotonya bersama Haqimy di laman Instagram miliknya bersama ucapan yang menyentuh jiwa.
“Mama makin hari makin tua. Haq makin hari makin dewasa.
“Makin hari makin jauh jar4k kita. Sebab ada tempat lain untuk Haq bermanja.
“Perit lahirkan Haq ke dunia masih mama terasa. Jangan sesekali lupa mama yang menjaga.
“Mama doakan hidup Haq senang dan berjaya. Happy birthday anak mama yang perkasa,” tvlisnya di Instagram (IG).
Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Haqimy dan mendoakan agar menjadi anak yang soleh.
Untuk rekod, Sheila mend1rikan rumah tangga dengan pengarah Azman Haji Yahya atau j1nggo pada 1995.
Selain Haqimy, mereka turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Luth Mikhail.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Makin Hari Makin Jauh Jarak Kita ..” – Sheila Rusly Dedikasi Ucapan Hari Lahir Untuk Anak"