Issey ‘off market’, selamat akhiri zaman duda dengan ibu tunggal anak tiga

PENYAMPAI radio Suria FM Issey akhirnya menamatkan zaman duda apabila sah bergelar suami kepada seorang ibu tunggal anak tiga bernama Noor Aimi Jamel, 32, dengan sekali lafaz pada Ahad.

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 9.45 pagi itu disempurnakan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji iaitu Tengku Mahmud Tengku Ibrahim yang berlangsung di Calamaya Garden 781, Kota Bharu, Kelantan.

 Majlis tersebut disaksikan kira-kira 200 orang tetamu yang terd1ri daripada ahli keluarga dan teman rapat.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran.

Issey sebelum ini pernah mengakui kepada media sedang mengenali hati budi seorang wanita namun dir4hsiakan identitinya.

Bagaimanapun pada 12 Disember lalu, semasa mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali, Issey membuat pengumuman istimewa apabila mengesahkan untuk berkahwin dengan seorang kenalan lama sejak di bangku sekolah.

View this post on Instagram

Kenal masa sekolah menengah. Form 1. Aku pernah naik basikal lalu depan rumah dia. Semata mata nak usha dari jauh. Ada 3,4 kali jugak la aku buat. Sampai la dia perasan, terus aku tak buat dah. Tu cerita dulu. Alhamdulillah. Masing masing pernah ada pengalaman berkahwin. Aku mungkin tak sama seperti arwah suami mung yang dulu. Tapi insyallah. Aku cuba yang terbaik. Kita sama sama jaga perhubungan ini. Insyallah. Mohon dipermudahkan semuanya esok. @aimi_jamel #gengissey #isseyxaimi

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Sebelum ini Issey pernah mend1rikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 namun membuat keputusan untuk bercer4i pada 21 Ogos 2016.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : mStar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Issey ‘off market’, selamat akhiri zaman duda dengan ibu tunggal anak tiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*