Hukum Tahan Kentut Ketika Solat

Hukvm Tahan Kentut Ketika Solat? Anda Mesti Tidak Tahukan, Sila Baca | Soalan Saya sering mengalami kentut semasa menunaikan solat dan ini menganggu solat dan wuduk saya.

Bolehkah pihak panel memberi apa-apa tips untuk saya mengatasi masalah ini ? Sekian, terima kasih.

Jawapan : dalam persoalan yang berkaitan dengan kentut, ia akan membatalkan wudhu’ dan hal ini juga akan menyebabkan solat yang sedang did1rikan terbatal.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sering terkentut semasa bersolat perlu mengenal pasti terlebih dahulu status kentut yang dialami itu.

Adakah ia kentut yang membatalkan wudhu’ ataupun sebaliknya. Dalam isu ini Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:

Dari ‘Ubbad bin Tamim dari bapa saudaranya yang bertanya kepadarasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tentang seorang lelaki yang ragu-ragu di dalam solatnya sama ada dia terkentut ataupun tidak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) ataupun terhidu bau”. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, dalam masalah ini anda perlu kenal pasti sama ada angin yang anda sangkakan kentut itu benar-benar keluar dari dubur anda ataupun berpunca daripada sumber yang lain.

Selain itu, adakah anda terhidu bau yang bvsuk selepas itu. Jika ada terbau jelaslah bahawa anda telah terkentut dan hal ini telah menyebabkan solat anda terbatal kesan daripada terbatalnya wudhu’ anda.

Namun begitu, jika tidak terbau ini bermakna ia bukannya kentut dan anda boleh teruskan solat tersebut kerana ia bukan kentut. Wallahu ‘Alam.

Hukum Tahan Kentut Ketika Solat?

Hukum Tahan Kentut Ketika Solat? Anda Mesti Tidak Tahukan ~ Ustaz Azhar Idrus

Posted by Coretan Ceramah Pilihanku on Monday, October 14, 2019

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : coretanNasihat.com.my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hukum Tahan Kentut Ketika Solat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*