Dikatakan Bercinta Dengan Idris Khan, Ini Jawapan Elizabeth Tan

Penyanyi popular, Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy, berkongsi sebuah video bersama aktor, Idris Khan.

Rakaman video tersebut menunjukkan Idris menyuap Lizzy sepotong kek sempena hari lahir Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan.

View this post on Instagram

Bila org buat mcmni korang rasa cute ke annoying? 🤔 Btw happy birthday Idris! 🎂

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on

Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat terutama lelaki menunjukkan rasa kecewa dan cemburu melihat kemesraan Lizzy dan Idris.

“@syafiqsyazan: Sampai hati you buat I macam ni.”

“@syahrul_safri: Jeles tengok huhu.”

“@rsydghni: Rasa kecewa Lizzy rasa kecewa.”

“@rafeeq94: Scratches rasa di hati.”

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen Lizzy menerangkan itu hanya lakonan sahaja kepada seorang pengikut.

“Dorang couple ke?” tanya wanita tersebut.

“Berlakon je lerr hehe,” jawab Lizzy.

Sehingga kini, video berkenaan telah menerima lebih 500,000 tontonan dan hampir 2000 komen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dikatakan Bercinta Dengan Idris Khan, Ini Jawapan Elizabeth Tan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*