Bikin Konsert ‘Picnic In The Farm’ Sebelah Ladang Lembu, Farm Fresh Cipta Sejarah Tersendiri!

Syarikat Farm Fresh Sdn Bhd yang juga penaja program realiti Gegar Vaganza 2019 (GV2019) mencipta sejarah tersend1ri apabila buat pertama kalinya mengadakan konsert di kawasan ladang ternakan lembu.

Se1ring dengan imej pengeluar produk tenusu, Konsert ‘Picnic In The Farm’ berlangsung dengan penuh gaya di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tambah menarik, konsert berkenaan turut diserikan dengan persembahan daripada juara GV6, Hady Mirza dan Naqiu Boboy serta beberapa bintang lain termasuk One Nation Emcees, Nurfatimah, Jatt, Sham Visa, Wann dan Noorshila Amin.

Tidak ketinggalan juara Big Stage 2019, Hanbyul.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal, konsert yang diadakan di kawasan berkeluasan 190 ekar itu bertujuan untuk menghargai pasukan dan pekerja syarikat berkenaan.

“Konsert ini juga lanjutan daripada konsert Gegar Vaganza, namun ditujukan kepada pasukan Farm Fresh termasuklah pengedar dan semua yang berkaitan. Ada juga pelanggan yang kita undang kerana selama ini banyak menyokong Farm Fresh.

“Pemilihan lokasi di ladang pula sesuai dengan imej syarikat Farm Fresh iaitu pengeluar susu. Malah ini adalah konsert dalam ladang pertama dianjurkan di Malaysia,” katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh.

Menjelaskan lebih lanjut tentang ladang berkenaan, Azmi berkata lokasi itu juga akan diangkat sebagai tempat pelancongan agro apabila ia dibuka kepada orang ramai mulai Februari 2020.

“Dulu banyak permintaan pihak sekolah nak melawat ladang kami tapi ia lebih kepada industrial punya konsep. Sekarang lebih mudah sebab kami dah bangunkan 190 ekar ladang ini menjadi satu lokasi yang boleh dikunjungi ramai.

“Selain ladang lembu, terdapat juga pusat simpanan ikan laga, kawasan botani dan sayur sayuran, malah tempat bunga nantikan pun akan saya jadikan macam dekat Amsterdam.

“Semuanya dah hampir siap dan akan dibuka secara rasmi sekitar Februari,” katanya.

Konsert ‘Picnic In The Farm’ yang dihoskan oleh Bell Ngasri dan Fiza Frizzy boleh ditonton pada 15 Januari ini di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bikin Konsert ‘Picnic In The Farm’ Sebelah Ladang Lembu, Farm Fresh Cipta Sejarah Tersendiri!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*