“Biar dia membesar dengan cara sendiri” – Neelofa ded4h punca Little Miss Khan tutup akaun Instagram

PELAKON dan pengacara terkenal, Neelofa mended4hkan adik perempuannya iaitu Ameera Khan atau dikenali dengan nama Instagram Little Miss Khan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada media sosial itu.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata, Ameera membuat keputusan itu selepas terkesan dengan komen-komen negatif di laman sosial berkenaan. 

“Sebenarnya dia sedang berehat dari media sosial… biasalah, sebagai seorang remaja yang membesar, dia banyak menerima pelbagai pers3psi.

“Dia juga selalu bandingkan kehidupannya dengan apa sahaja yang dilihatnya di Instagram. Jadi dia ada perasaan macam dia kurang bagus dan tak sempurna.

“Situasi itu slowly eating her dan dia ada beritahu yang dia mahu berehat seketika,” ujarnya kepada mStar.

Selain itu, kata Neelofa, dia berasa berat hati sewaktu dimaklumkan adiknya itu ingin berehat dari menggunakan Instagram kerana banyak tawaran yang diterimanya.

Bagaimanapun, sebagai seorang kakak, dia menghorm4ti apa sahaja keputusan adiknya itu. 

Malah, Neelofa turut meminta orang ramai memberikan ruang buat Ameera.

“Sejujurnya saya rasa sayang sebab masa dia buat keputusan untuk berehat dari sosial media, dia banyak dapat tawaran… ada brand-brand yang tanya dan mahu dia untuk show. Apapun, saya horm4ti keputusannya.

Buat masa ini tolong horm4ti privasi dia… berikan dia ruang dan peluang untuk membesar ikut cara send1ri agar tak terpengaruh dengan arus sosial media.

Neelofa

PENGACARA

“Sebagai kakak, saya setuju dengan keputusan Ameera… ia bagus untuk dia sebab dia masih remaja yang sedang membesar dan mencari identiti. Saya juga tak mahu perkara itu akan memberikan kesan kepada pemikirannya.

“Saya yakin dia akan kembali semula di media sosial tidak lama lagi. Buat masa ini tolong horm4ti privasi dia… berikan dia ruang dan peluang untuk membesar ikut cara send1ri agar tak terpengaruh dengan arus sosial media,” ujarnya lagi.

Ameera sebelum ini pernah dikecam gara-gara tindakannya yang menggunakan bahasa kurang sopan bagi mempertahankan kakaknya itu.

Dia kemudiannya sekali lagi menerima kritikan selepas membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab malah sering menjadi perhatian netizen gara-gara memuat naik foto berpakaian s3ksi ketika bercuti di Itali.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Biar dia membesar dengan cara sendiri” – Neelofa ded4h punca Little Miss Khan tutup akaun Instagram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*