“Doakan Ini Yang Terakhir…” – Aliff Syukri Seloroh Mahu 19 Orang Anak, Shahida Dah Ready Nak ‘Tutup Kilang’

Datin Sri Nur Shahida, isteri kepada Dato’ Sri Aliff Syukri, pengasas rangkaian kosmetik terkenal, sudah bersedia untuk tidak lagi mempunyai cahaya mata.

Menurut Shahida pada satu entri di Instagramnya, dia sudah tidak larat lagi untuk berbadan dua dalam usia yang semakin meningkat ini.

“Sedar tak sedar anak kita dah nak masuk 5 + 1 dah. Ramai juga. Dulu mula-mula kahwin saya memang ingat nak anak 2-3 orang dah cukup.

“Berbeza dengan Aliff Syukri (suami) sebelum kahwin lagi dia dah bagitau dia suka anak ramai. Doakan ini yang terakhir untuk saya, ya. Tak larat nak mengandung bila umur makin meningkat ni. Serba serbi tak kena,” tvlis Shahida.

Pada masa yang sama di ruangan komen, Aliff Syukri turut berse0r0h menyatakan dia mahu 19 orang anak. Selor0h beliau disambut dengan komen-komen jenaka daripada netizen di Instagram.

Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri berkahwin di usia muda dan dikurniakan dengan cahaya mata Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusuf Al-Qardawy.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Doakan Ini Yang Terakhir…” – Aliff Syukri Seloroh Mahu 19 Orang Anak, Shahida Dah Ready Nak ‘Tutup Kilang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*