BANJIR PALING TERUK DALAM TEMPOH ENAM TAHUN DI SIMPANG RENGGAM 

KLUANG, 15 DIS: Banjir yang menjejaskan beberapa kawasan di daerah ini sejak beberapa hari lalu merupakan insiden paling teruk dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini.

Salah seorang mangsa banjir, Norazila Sabri memberitahu, dia bagaimanapun bersyukur kerana dapat menyelamatkan barangan berharga miliknya.

“Banjir pada kali ini paling dalam sejak enam tahun lalu. Dahulu paras lutut dan jika di luar paras pinggang, tetapi semalam teruk tidak boleh lalu, jadi kami panggil bomba.

“Saya bernasib baik kerana belum menyediakannya kelengkapan persekolahan anak-anak dan dapat menyelamatkan barangan penting,” katanya yang menetap di Kampung Sungai Rambai, di sini.

Dia berkata demikian ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Seri Kencana, Simpang Renggam.

Kluang merupakan antara daerah yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di negeri ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Norh4ida Sariman berkata, ramai antara rakan-rakannya menanggung kerugian akibat benc4na banjir kali ini.

“Ramai antara mereka sudah membuat persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah, kini banyak barang-barang itu rosak.

“Hujan memang lebat sehingga air naik ke paras pinggang,” ujarnya yang merupakan seorang pengusaha kantin sekolah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : JohorKini


Apa kata anda?

Be the first to comment on "BANJIR PALING TERUK DALAM TEMPOH ENAM TAHUN DI SIMPANG RENGGAM "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*