‘Baju Batik’ Dipakai Artis Korea, Ini Reaksi Netizen…

Kain yang bercorak batik dan dibuat pakaian atau lebih dikenali dengan nama baju batik menjadi satu kebanggaan penduduk di nusantara. Jika di Indonesia ada batik jawa, di Malaysia, batik Terengganu dan sebagainya. Begitulah jika nama pun asal-usul serumpun. Banyak benda yang dikongsikan seperti budaya, tradisi, makanan dan lain-lain lagi.

Di Malaysia, baju batik wajib dipakai pada setiap hari Khamis kepada pekerja sektor awam. Tidak hanya itu, ia juga dipakai ketika menghad1ri majlis-majlis rasmi dan kenduri kahwin. Kain bercorak batik dibuat baju kemeja untuk lelaki. Manakala bagi wanita pula kain tersebut dijadikan pakaian tradisional seperti baju kurung, baju kebaya dan sebagainya.

Biarpun begitu, lain pula halnya apabila baru-baru ini tular di sosial media dengan beberapa foto seorang artis Korea yang didakwa oleh netizen memakai baju batik. Artis Korea tersebut adalah Kim Taehyung dan baju yang dipakainya itu sebenarnya adalah dari jenama antarabangsa iaitu Farfetch.

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Foto itu pada asalnya dikongsikan oleh pengguna Twitter, chocojj1npangV dan kemudiannya dikongsikan semula oleh syihax. Dari situ ia mula tular dengan lebih 16,300 retweets dan 15,900.

Menerusi perkongsian semula itu, pengguna Twitter tersebut menulis kapsyen, “Baju mesyuarat PIBG” membuatkan ia meraih perhatian ramai.

Berikut adalah foto yang tular:

Rata-rata netizen men1ngg4lkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Baju outing MRSM”

“Patut macam familiar”

“Hahaha…Abah Tae is here!!”

 

Sumber: syihax

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Baju Batik’ Dipakai Artis Korea, Ini Reaksi Netizen…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*