Anta Permana, Ragaman antara 12 lagu finalis AJL34

MENEPATI ramalan ramai, lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang berjudul Anta Permana, berjaya melayakkan d1ri ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-34.

Lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu disampaikan oleh penyanyi ganti, Bob Yusof pada pentas separuh akhir Muzik-Muzik 34, minggu lalu.

Diikuti lagu Ragaman daripada Faizal Tahir, Drama (Drama Band), Sumpah (Naim Daniel), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip) dan Ku Bersuara (Ernie Zakri).

Tidak ketinggalan Bangun (Aman RA), Rampas (Akim & The Majistret), Dinda (Kugiran Masdo), Peneman (Hazama & The Penglipurlara), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) dan Sumpah (Aina Abdul).

Pengumuman tersebut telah dilakukan pada minggu ketika separuh akhir Muzik-Muzik 34, yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Jumaat.

Kesemua lagu bertanding diadili barisan juri profesional yang terd1ri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Ajai, Faizal Uzir (Lok U), Aznul h4idi Azmi dan Azmeer selaku ketua juri.

Terdahulu 30 lagu berentap di peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 15, 22 dan 29 November untuk menempatkan d1ri sebagai 12 finalis AJL34. Penilaian dibuat berdasarkan 60% pemarkahan daripada barisan juri dan 40% menerusi undian peminat.

Program yang dihoskan oleh Sherry AlHadad dan Haziq Hussni itu turut menampilkan kumpulan Shades sebagai artis jemputan.

sumber: sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Anta Permana, Ragaman antara 12 lagu finalis AJL34"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*