Asyik Mlgrain, Tak Pergi Sekolah, Translator Konsert Blackpink Ini Ded4h Result SPM ‘haprak’ Sebelum Belajar Sendiri Bahasa Korea Di Internet

DOMINASI muzik K-Pop di peringkat global sememangnya sukar untuk disangkal.

Malah, nama-nama kumpulan seperti Blackpink, BTS, EXO, BigBang, 2NE1 dan banyak lagi cukup dikenali anak-anak muda di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Terbaharu, perkongsian seorang anak tempatan yang bertugas sebagai juru alih bahasa untuk selebriti K-Pop cukup mencuri perhatian ramai.

Shah Azham, 23, menerusi Twitter mengakui kegagalannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menjadi penghalang untuk d1rinya mengorak langkah dalam kerjaya berkenaan.

“Sebenarnya sejak usia 10 tahun saya alami m1grain dan kerap tak hadir ke sekolah. Jadi saya banyak tertinggal pelajaran.

“Pada saya, keputusan SPM tu memang haprak. Saya anggap tak berjayalah. Selepas sekolah, masa tu K-Pop tengah naik.

Perkongsian Shah di Twitter.

“Dalam tahun 2014, saya belajar bahasa Korea… 100 peratus belajar dari internet,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Walaupun gagal dalam SPM, Shah sempat membuka sebuah syarikat berkaitan rekaan grafik.

Dia juga sempat menjadi guru tuisyen untuk subjek bahasa Inggeris di Subang Jaya, Selangor sebelum menceburi kerjaya sebagai juru alih bahasa.

“Hujung minggu saya ajar English. Kat situ ada makcik Korea bawa cucu datang belajar. Sementara tunggu kelas, saya borak dengan dia.

“Itu sahaja cara untuk saya praktikkan bahasa Korea yang dipelajari sehinggalah salah seorang guru dengar saya cakap Korea dan dia offer untuk jadi translator.

Sistem kerja orang Korea cukup berbeza dengan kita. Kerja dengan artis Korea, mereka cukup profesional.

SHAH AZHAM

“Bermula dengan program Korean Summer Camp, ia membawa kepada banyak lagi job translator yang lain. Nama saya mula meniti di bibir event organiser.

“Pada 2017 saya ke Korea selama tiga bulan untuk mendalami bahasa dan budaya mereka,” katanya.

Selepas itu, seorang rakannya menawarkan tugas untuk menjadi juru alih bahasa bagi konsert kumpulan Ikon dan Winner yang berlangsung di Malaysia pada tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, dia sekali lagi diberi tugas sama untuk konsert kumpulan Blackpink.

Bercerita mengenai pengalaman mengujakan itu, Shah mengakui ia satu peluang keemasan buatnya.

“Bagi saya, walaupun mereka artis terkenal, saya hanya fokus pada kerja. Di sebalik itu semua, rasa nak tercabut otak.

Shah cukup mengagumi cara kerja orang Korea yang dianggap berdisiplin tinggi.

“Sistem kerja orang Korea cukup berbeza dengan kita. Kerja dengan artis Korea, mereka cukup profesional.

“Sangat tepati waktu, masa sound check pun dah all out. Semua harus sempurna,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Dalam pada itu, posting Shah di Twitter sehingga kini menerima hampir 7,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai peminat K-Pop tempatan turut membanj1ri ruangan komen posting tersebut.

“Cerita awak memang membangkitkan semangat saya untuk sambung belajar dalam bahasa Korea. h4rap saya berjaya macam awak.

“Kamu individu paling bertuah. Kerja ni susah dan mesti ramai K-Poppers cemburu dengan kamu,” tvlis beberapa individu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Asyik Mlgrain, Tak Pergi Sekolah, Translator Konsert Blackpink Ini Ded4h Result SPM ‘haprak’ Sebelum Belajar Sendiri Bahasa Korea Di Internet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*