“Sekiranya Ke Final Siti Nak Nyanyi, Pihak Produksi Tiada Masalah” – Penyanyi Lain Bakal Bawakan Anta Permana di Separuh Akhir Muzik-Muzik 34

Lagu Anta Permana yang berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 tidak akan dinyanyikan oleh penyanyi asal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Perkara itu disahkan penerbit eksekutifnya, Nurhul Huda Khalid yang memberitahu lagu itu akan dinyanyikan oleh penyanyi lain.

“Bagi separuh akhir nanti, memang sah bukan Siti yang nyanyi. Lagu itu akan dibawakan oleh penyanyi lain. Pihak kami pun tidak tahu siapa lagi pengganti itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah dan terima kasih TV3 dan adik-adik saya @haelhusaini & @ezrakong 👍 . #Repost @rozisangdewi with @make_repost ・・・ Alhamdulillah, tahniah kepada @haelhusaini dan @ezrakong kerana lagu Anta Permana nyanyian @ctdk terpilih ke separuh akhir Muzik-Muzik ke-34. Lagu ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri di dalam kerjaya @ctdk dan kami percaya dengan bakat yang dimiliki oleh kedua-dua pencipta muda ini. . Ramai yang bertanya, siapakah yang bakal menggantikan @ctdk untuk menyanyikan lagu ini? Muzik-Muzik itu asas penilaiannya adalah penciptaan lagu dan lirik, penyanyi diberi tanggungjawab untuk menyampaikannya sebaik mungkin. Sesebuah karya itu akan berbicara sendiri, ibarat dilambung ke langit menjadi bintang, dicampak ke laut menjadi pulau. . Anta Permana sebagai sebuah karya juga diharapkan begitu, tidak kisah siapa pun yang bakal mempersembahkannya nanti. . Terima kasih kepada TV3, kepada pencipta dan penulis lirik, juga pendengar, peminat yang mendukung Anta Permana sejak mula dilancarkan sehinggalah ke hari ini. . #antapermana

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Bagaimanapun, pihak produksi tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung hal berkenaan. Hal tersebut kena tanya dengan pihak Universal Music dan pihak komposer, Hael Husaini dan Ezra Kong kerana mereka yang putuskan,” katanya.

Huda berkata demikian pada sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 yang berlangsung di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, kata Huda, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya penyanyi nombor satu negara itu berubah fikiran untuk menyanyikan lagu tersebut send1ri jika mara ke Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jangan lupa dapatkan single terbaru saya, TERANG di semua pelantar digital/streaming bermula 1 November 2019. Lagu yang catchy, mesej yang positif, moga sampai kepada anda lalu menerangi kalian semua.❤️❤️❤️. #Terang

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Walaupun semi final orang lain nyanyi, tetapi sekiranya ke final, Siti mahu menyanyi, pihak produksi tiada masalah.

“Lagipun sebelum ini pernah juga berlaku apabila lagu Faizal Tahir ketika separuh akhir penyanyi lain bawa, manakala di AJL dia nyanyi send1ri,” katanya.

Anta Permana merupakan antara 30 buah lagu yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik bermula 15 November ini.

Sebelum ini, penyanyi berusia 40 tahun itu pernah menyebut nama Ernie Zakri sebagai individu yang berjaya membawa lagu itu dengan baik.

Kali terakhir Siti beraksi di pentas AJL adalah pada tahun 2007 menerusi lagu Destinasi Cinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenduri kawen..Dah burn kalori ,kita loading balik😋

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sekiranya Ke Final Siti Nak Nyanyi, Pihak Produksi Tiada Masalah” – Penyanyi Lain Bakal Bawakan Anta Permana di Separuh Akhir Muzik-Muzik 34"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*