Tr4gedi piring buat gadis ini serik rakam 4ksi memasak – “Bukan ‘acah-acah’… t4kut telefon pula tercampak”

SEMAKIN ramai sering berkongsi aktiviti harian mereka di laman sosial, apa saja yang dilakukan masing-masing dimuat naik termasuk memasak.

Kalau nak tunjuk kepakaran memasak, segala-galanya dirakam bermula dari penyediaan bahan-bahan, menumis dan mengaulnya secukup rasa sehingga siap.

Namun, malang menimpa seorang gadis apabila p1ring mengandungi h1risan serai dan bawang putih tercampak dalam kuali berisi minyak mendidih semasa membuat rakaman.

“Aku serik dah nak masak sambil rekod,” menurut perkongsiannya di laman sosial dengan memuat naik video hanya dua saat sehingga menjadi tular.

Bahan-bahan serai, bawang putih dan cili yang digunakan Puteri untuk memasak sebelum tercampak p1ring ke dalam kuali.

Gadis berkenaan, Puteri Nur Haziqah Hasbullah berkata, insiden yang berlaku di rumahnya, baru-baru ini sewaktu mahu memasak nasi goreng Tom Yam.

Baru berusia 22 tahun, Puteri menjelaskan dia sebenarnya pertama kali membuat rakaman masak memasak untuk dikongsi di laman sosial.

“Saya baru pertama kali rakam untuk kongsi di Instagram. Mula-mula nak rakam tu macam video-video masakan lain, mesti nak tunjuk bahan-bahan yang nak ditumis.

“Sebab pertama kali, bercampur gementar, saya langsung tak perasan p1ring oren yang ada serai dan bawang putih tu sebenarnya di atas mangkuk kecil yang mengandungi cili juga warna oren. Sudahnya, tercampaklah p1ring tu sekali,” katanya kepada mStar.

Nasi goreng Tom Yam masakan Puteri.

Mengimbas kembali kejadian itu, Puteri yang dalam keadaan panik segera mengangkat p1ring oren tersebut menggunakan tangannya.

“Masa tu memang panik, apa yang dapat saya fikir adalah ambil p1ring tu keluar dari kuali. Semuanya dilakukan dengan pantas.

Nasib baik tak melecur tapi sebab saya pegang hujung p1ring je. Selepas tu saya terus basuh tangan dengan air sejuk

PUTERI

“Nasib baik tak melecur tapi sebab saya pegang hujung p1ring je. Selepas tu saya terus basuh tangan dengan air sejuk,” tambah anak jati Johor Bahru, Johor itu.

Puteri bagaimanapun menegaskan bahawa rakaman yang dibuatnya itu bukan disengajakan untuk menarik perhatian ramai di media sosial.

Puteri (kanan) bersama rakan-rakan sekerja menikm4ti masakannya semasa waktu rehat.

Jelas anak sulung daripada tiga beradik itu, klip video berdurasi dua saat tersebut hanyalah sebahagian daripada video penuh nasi goreng Tom Yam masakannya.

“Ada orang kata saya saja ‘acah-acah’ nak tunjuk p1ring tu tercampak kat kuali je. Bukan ‘acah-acah’ sebab lepas tu, saya ada sambung rakam.

“Saya ni memang suka masak. Biasanya, saya masak dalam jumlah yang besar, dan kemudian bekalkan untuk d1ri send1ri dan rakan-rakan di tempat kerja,” ujar Puteri yang bertugas sebagai penasihat jualan.

Kejadian ‘p1ring tercampak dalam kuali’ membuatkan Puteri berasa serik tetapi masih mahu membuat rakaman mengenai masakannya pada masa akan datang.

“Serik sebab tak sangka jadi macam ni. Saya akan rakam lagi tapi kali ini tak kan tunjuk proses awal seperti nak tumis atau campak-campak bahan.

“Cukuplah rakam bahan-bahan, masa mengacau dan bila dah siap masak saja. Kalau rakam campak bahan-bahan, takut telefon pula yang kena nanti tercampak dalam kuali,” katanya secara berselor0h.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dah lapar sangat tu sampai pinggan pun masuk sekali. #janganseriussangat #mstarkongsi #mstarE1 Video puterihaziqahhh

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Sumber : mStar

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tr4gedi piring buat gadis ini serik rakam 4ksi memasak – “Bukan ‘acah-acah’… t4kut telefon pula tercampak”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*