Dikatakan Sedang Bermain Cinta Dengan Faizal Tahir, Ini Jawapan Sissy Imann

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sissy Imann, 23, tidak akan sekali-kali memberi ruang kepada lelaki berstatus suami orang memiliki cintanya.

Biarpun pernah dihimpit gosip menjalin hubungan dengan penyanyi dan komposer popular, Faizal Tahir, Sissy yang juga guru vokal berkata, prinsip itu tidak berubah kerana dia enggan dianggap sebagai perosak rumah tangga orang.

“Saya tidak mahu buat hal bercinta dengan suami orang. Minta simpang jauh-jauh kerana tiada siapa yang suka dituduh sebagai perosak dan peruntuh rumah tangga orang.

“Saya masih muda dan tidak perlu beriya-iya mengejar cinta. Lagipun, saya tidak terlalu kemaruk untuk hidup berpasangan sehinggakan suami orang pun saya sanggup ‘rembat’,” katanya.

Penyanyi lagu Mungkin Kamu dan Pesanan Ayahanda itu berkata, hubungannya dengan Faizal tidak lebih sebagai anak dan bapa.

“Faizal memanggil saya anakanda, manakala saya pula menggelarkan dia sebagai bapa. Itu sudah membuktikan betapa rapatnya hubungan kami seperti sebuah keluarga.

“Saya tidak tahu bagaimana gosip cinta kami tercetus, mungkin disebabkan saya anak didik dan berada di bawah naungan syarikat Faizal, Faithful Music.

“Hendak kata kami sering kelihatan bersama, tidak juga. Banyak urusan saya dilakukan bersama pekerja Faithful Music yang lain,” katanya.

Pelakon drama Tolong Aku Doktor Cinta itu berkata, tiada ruang untuk warganet mengaitkannya menjalin hubungan dengan Faizal.

“Pada mata kasar, mungkin mereka melihat saya seolah-olah menjadi peserta kegemaran Faizal ketika bersaing dalam program Big Stage dahulu. Dia, bagaimanapun melayan saya sama seperti artis lain.

“Saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan, biarpun bernaung di bawah pengurusannya. Saya bersyukur gosip ini datang bagaikan angin lalu dan tidak berpanjangan,” katanya.

Menurut Faizal Tahir pula, dia sudah menganggap Sissy seperti seorang anak dan merasakan g0sip ini agak lucu untuk diperkatakan. Mereka hanya banyak menghabiskan masa bagi urusan kerja di studio rakaman dan tidak lebih dari itu.

“Saya tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Sebenarnya, lawak atau prank? Sejujurnya, saya terkejut dan merasakan perkara ini tidak masuk akal… Tak mungkin.

“Dia artis di bawah naungan syarikat rakaman saya dan saya menganggap Sissy seperti anak. Saya memanggilnya dengan panggilan anakanda dan dia memanggil saya dengan nama bapak,” jelas Faizal.

“Saya send1ri tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul. Mengapa tak ada pula yang kaitkan saya dengan artis-artis di bawah naungan saya yang lain seperti Hanie Soraya, Hannah Delisha atau Elizabeth Tan?

“Mereka juga meluangkan masa bersama saya di studio rakaman. Sejujurnya, saya lebih selesa dan meluangkan masa di studio dengan artis lelaki seperti Amir Masdi dan Aziz Harun.

“Usia saya pun bakal mencecah 41 tahun… Saya send1ri tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Semuanya sudah saya anggap seperti anak send1ri,” terangnya lagi.

Ada logiknya dah kenapa Elizabeth dulu tak ada pulak g0sip macam ni. Mungkin ada yang segelintir sengaja mengusik mereka berdua.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Astro Gempak via Meecks, BHOnline

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dikatakan Sedang Bermain Cinta Dengan Faizal Tahir, Ini Jawapan Sissy Imann"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*