Setelah 44 Kali Bersalin, Wanita Paling Subur Di Dunia Kini Dilar4ng Untuk Hamil Lagi

Dalam agama Islam, anak itu adalah rezeki dari tuhan, jadi ada keluarga yang percaya mereka tidak perlu membuat perancangan kehamilan.

Begitu juga dengan seorang wanita dari Uganda, Mariam Nabatanzi yang telah melahirkan 44 orang anak sehingga dia digelar ‘wanita paling subur di dunia’.

Bagi ramai orang perkara itu adalah mustahil, tetapi bagi Mariam, selain berkahwin pada usia 12 tahun, menurut doktor dia juga mempunyai ovari yang luar biasa besar.

Atas sebab kondisi itu, dia mampu mengandungkan anak yang ramai sekali gus, seperti mana dia telah mendapat anak kembar ketika berusia 13 tahun. Dalam masa 25 tahun, dia telah 4 kali melahirkan pasangan kembar, 5 kali kembar 3, dan 5 kali kembar 4.

Mal4ngnya Mariam juga tidak dapat mengambil pil perancang kerana ia memberikannya komplikasi kesihatan sehingga dia pernah kom4.

Walaupun kini dia menjadi ibu tunggal selepas suaminya men1ngg4lkannya 4 tahun lepas, Mariam yang berusia 40 tahun tetap dapat menguruskan anak-anaknya.

Dia juga terpaaksa melakukan 3 pekerjaan untuk menyara anak-anak yang masih kecil dan untuk menghantar mereka ke sekolah.

Mariam juga tetap menganggap anak-anak adalah pemberian dari tuhan meskipun doktor memberitahu dia tidak dibenarkan untuk hamil lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Mirror  via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Setelah 44 Kali Bersalin, Wanita Paling Subur Di Dunia Kini Dilar4ng Untuk Hamil Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*