“Kalau Tak Jatt, Mesti Naqiu!” – Ramai Ramal Naqiu Boboy Bakal Juara GV2019, Ini Komen Empunya Badan

Sudah lima minggu berlalu dan berbaki beberapa minggu sahaja lagi menjelang ke final Gegar Vaganza 2019 (GV2019).

Melihatkan paten juara mingguan, dua bintang saling berkongsi kedudvkan sama iaitu Jatt Ali dan Naqiu Boboy.

Bertanyakan tentang h4rapan dan tekanan peminat yang meramalkan vokalis kumpulan Boboy itu bergelar juara musim ini, Naqiu punyai pandangan send1ri.

“Sebenarnya ada banyak minggu lagi dan peserta pun masih ramai. Saya tak rasa mereka akan duduk diam, kalau yang berada di bawah pun akan cuba naik ke atas.

“Semestinya orang lain akan berusaha lebih daripada saya.

“Ramalan peminat untuk saja bergelar juara itu adakalanya mengganggu juga fikiran saya tetapi pada masa sama saya masih tak percaya.

“Saya hanyalah penyanyi kerdil yang tak banyak pengalaman pun. Tetapi saya akan cuba buat yang terbaik setiap minggu dan anggap setiap konsert adalah final!” ujarnya.

Mengulas mengenai kejuaraan minggu kelima ketika menyampaikan lagu Di Ambang Wati, Naqiu akui kegagalannya minggu keempat punca dia berusaha lebih.

“Saya kena bangkit semula seperti minggu-minggu awal, target saya nak berada di kedudvkan tiga teratas.

“Alhamdulillah usaha pada minggu ini membuahkan hasil dan persembahan menjadi seperti yang dirancang.

“Perkara yang terjadi minggu lepas adalah perjalanan saya. Saya pernah lalui yang lagi teruk sampai jatuh terduduk!

“Minggu lepas hanyalah kejatuhan sementara saya sebab saya yakin saya boleh bangkit semula. Yang silapnya minggu lepas kerana saya tenggelam dalam perasaan send1ri,” tambah Naqiu.

Pada minggu keenam, Naqiu bakal menyanyikan lagu Juwita (Saleem) sempena tema Melets.

Jangan lupa saksikan GV6 pada hari Ahad ini 17 November 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV2019 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kalau Tak Jatt, Mesti Naqiu!” – Ramai Ramal Naqiu Boboy Bakal Juara GV2019, Ini Komen Empunya Badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*