“Hubungan Kami Masih Seperti Biasa, Doakan Kami”- Intan Najuwa

Sejak semalam kecoh mengenai Intan Najuwa telah pun memadam beberapa keping fotonya bersama tunang dan hanya satu gambar sahaja yang ditinggalkan. Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Intan dan tunangnya tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Enggan mengulas mengenai tindakan Intan memadam beberapa foto mereka, tunangnya Razrul Anwar Rusli hanya memberitahu hubungan mereka masih lagi baik serta meminta orang ramai mendoakan mereka.

“Ada lagi gambar saya. Ya, hubungan kami masih seperti biasa. Terima kasih kerana ambil berat dan doakan kami,” katanya.

Terdahulu, tular foto mesra mandi laut antara Intan dan Zul Ariffin. Lebih panas apabila pengarah drama tersebut, Osman Ali menegaskan aks1 mesra dalam foto berkenaan tiada dalam drama.

Malah, tunangnya juga enggan mengulas mengenai foto mesra itu serta berpendapat sesiapa sahaja berhak memberikan pendapat mereka mengenai isu berkenaan.

Setakat ini, Intan dan Zul masih lagi mengunci mulut dan tiada kenyataan lanjut berhubung foto berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Please be good when I’m not around. I hate being far from you. But I understand, we are working hard to achieve our life goals. Love you always!

A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber :Roti Kaya

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Hubungan Kami Masih Seperti Biasa, Doakan Kami”- Intan Najuwa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*