Netizen gelar ‘kereta selam’ selepas kenderaan ini dilihat masih mampu bergerak meskipun ditenggelami air

Kita semua sedia maklum dengan keadaan cuaca dan musim monsun di Malaysia terutamanya pada penghujung bulan November.

Setiap hari, hujan lebat akan turun membasahi bumi dan ramai penduduk khususnya yang tinggal di sekitar pantai timur.

Ramai yang mula mempersiapkan d1ri untuk menghadapi musim hujan yang akhirnya akan mengakibatkan banjir.

Facebook

Pada masa yang sama, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) iaitu Jailan Simon menjangkakan akan berlaku peningkatan hujan antara 20 hingga 40 peratus pada musim Monsun Timur Laut tahun ini.

Facebook

“Tahun lepas tidak ada banjir langsung di Kelantan, tahun ini mungkin ada banjir,” memetik laporan Sinar Harian selepas taklimat pengoperasian Pusat Kawalan Operasi benc4na bagi Monsun Timur Laut di Pusat Kawalan benc4na Negara di Pulau Meranti.

Facebook

Tetapi di utara Filipina, tular sebuah video berdurasi 3 minit 44 saat memaparkan sebuah kenderaan yang meredah banjir tanpa mengalami sebarang masalah fungsi atau kerosakan kereta.

Video yang tular di Facebook dengan kapsyen, “Kereta apa yang dia pandu?” itu sehingga kini menerima lebih daripada 3,400 tanda suka dan hampir 6,000 perkongsian!

Facebook

Dalam video tersebut juga, kenderaan yang dipandu dipercayai daripada jenis Toyota Land Cruiser dilihat meredah air banjir yang berada di paras tinggi seolah-olah hampir menenggelamkan hampir 70% daripada kereta tersebut.

Bagaimanapun, kereta ini tetap mampu meneruskan perjalanannya seperti biasa meskipun ditenggelami air.

Facebook

Penularan video ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memuji ‘kuasa dan kecanggihan’ kereta tersebut. Malah, ada juga segelintir netizen yang menggelar kereta tersebut sebagai kereta selam.

Rakaman situasi tersebut yang mengagumkan:

Facebook

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : EB Online

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Netizen gelar ‘kereta selam’ selepas kenderaan ini dilihat masih mampu bergerak meskipun ditenggelami air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*