“Semoga ini bukan hadiah kesian” – Azhan Rani menang lagi, kali ini anugerah khas juri

PELAKON Azhan Rani meluahkan rasa syukur apabila menerima anugerah khas juri di malam Anugerah Telenovela 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.

Menurut Azhan, 43, dia berh4rap pengiktirafan yang diberikan bukan atas  belas kasihan memandangkan ia merupakan satu penghargaan khas daripada juri.

Azhan turut mengucapkan terima kasih kepada penulis dan pengarah drama Nur iaitu Shahrulezad Mohameddin yang membuatkan dia berjaya berada di pentas pada malam tersebut.

“Syukur Alhamdulillah. Selalu jadi tukang tepuk malam ni aku pula kena tepuk. Semoga bukan anugerah kesian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

percaya tak, heboh la 1 malaysia tengok drama #nur tu mak aku bukan la tengok sangat pun.. memang dari dulu dia susah nak berjaga malam tengok tv.. lepas berita biasa dia akan masuk tidur.. tapi mak kata mak selalu sebut aku dalam doa dia.. tak pernah tinggal walau sehari pun.. rasanya esok pagi baru mak aku tau pun apa yang jadi malam ni.. terima kasih buat doa dan restu yang tak pernah putus.. kalau abah ada dia akan jadi penyampai untuk mak.. harap boleh bagi mak sikit gembira dengan hariah malam ini.. maaf abah, tak banyak detik gembira dapat an bagi untuk abah dulu.. terima kasih yang yang tak terhingga untuk budi yang tak terbalaskan buat kedua syurgaku ❤️ #syurgaku #alfatihahbuatabah #allahyarhamabdulranibinsabri

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

 

Kejayaan Azhan disebabkan berkat daripada doa serta restu ibunya.

“Setinggi-tinggi terima kasih buat juri atas penghargaan ini. Tak lupa juga @radius.one terutama penulis dan pengarah kesayangan @budakijat yang menyebabkan Azhan Rani naik pentas malam ni.

“Pastinya akan berderet ucapan tahniah untuk ini, apapun aku dahulukan dengan terima kasih. Memadailah puji-pujian buat Allah SWT yang mengizinkan segala kebaikkan.

“Yang lebih penting disebalik seketul award, puji-puji dan tepuk sorak… apa yang akan jadi esok,” tvlis Azhan menerusi laman Instagramnya.

Azhan menerima anugerah khas juri persembahan lakonan yang memberi impak kepada masyar4kat menerusi drama Nur arahan Shahrulezad terbitan Radius One Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Azhan berkata biarpun drama tersebut menjadi fenomena namun ibunya jarang menonton kerana sukar berjaga di waktu malam.

 

Kalau abah ada dia akan jadi penyampai untuk mak. h4rap boleh bagi mak sikit gembira dengan hadiah malam ini. 

AZHAN RANI

Pelakon

Bagaimanapun, dia menganggap anugerah yang diterima itu berkat daripada restu serta doa ibunya yang tidak pernah tinggal walau sehari.

“Percaya tak, heboh satu Malaysia tengok drama #Nur tu, mak aku bukan tengok sangat pun. Memang daripada dulu dia susah nak berjaga malam tengok TV.

“Lepas berita, biasa dia akan masuk tidur tapi mak kata mak selalu sebut aku dalam doa dia, tak pernah tinggal walau sehari pun.

“Rasa-rasanya esok pagi (Sabtu) baru mak aku tau apa yang jadi malam ni. Terima kasih buat doa dan restu yang tak pernah putus.

“Kalau abah ada dia akan jadi penyampai untuk mak. h4rap boleh bagi mak sikit gembira dengan hadiah malam ini. Maaf abah, tak banyak detik gembira dapat An bagi untuk abah dulu,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

bagi pihak AZHAN RAN terima kasih .. syukur alhamdulillah.. selalu jadi tukang tepuk malam ni hambek aku pulak kena tepuk.. semoga bukan anugerah kesian sebab ini merupakan anugerah khas juri.. setinggi2 terima kasih buat juri2 atas penghargaan ini. tak lupa juga buat @radius.one terutama penulis dan pengarah kesayangan malaya @budakijat yang menyebabkan AZHAN RAN naik stage malam ni.. pastinya akan berderet ucapan tahniah untuk ini, apapun aku dahulukan dengan terima kasih.. memadailah puji2an buat Allah SWT yang mengizinkan segala kebaikkan.. yang lebih penting disebalik seketul award, puji2 dan tepuk sorak apa yang akan jadi esok.. semoga malam ni bukan sekadar penerus tradisi malam anugerah namun yang lebih penting andai malam ini dapat mencetuskan lebih banyak kebaikkan untuk kemajuan penulisan juga pembikinan drama dan filem kita. banyak isu serius samada isi kandung dan tanggungjawab sosial karya, kebajikan, pengurusan, masa depan pengkarya baik yang di depan kamera mahupun di belakang kamera yang patut dibuat penambahbaikkan.. moga sama2 kita betulkan nawaitu.. andai esok lebih baik buat kita semua ianya adalah anugerah yang paling manis buat kita semua.. in shaallah terima kasih #syukur #yayasanpembangunanbukunegara #anugerahtelenovela2019

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sangat tak adil bila tiap kali dapat anugerah aku nak ambil semua credit tu untuk diri aku.. #syedhamadi jadi sebaik itu bukan kerana diri aku semata2. tanpa naskah yang baik, team yang baik dan pencipta juga pelukis watak yang baik aku sama je macam award runcing tu.. tegak dan mati dalam drama #nur tu.. ini dedikasi aku untuk manusia yang selayaknya diberi kredit .. @budakijat .. aku tak bawa balik pun sijil dan award ini.. biar dia disimpan di office @radius.one .. semoga aku dijauhkan dari rasa selesa yang membunuh dan riak.. esok tetap hari yang sama yang perlu aku hadap.. tapi ada yang lebih baik yang aku harap dapat aku lakukan.. apapun tanpa kepercayaan @budakijat pada aku.. tak jadi apa pun aku.. dia dan kesabarannya juga keberanian dia meneroka watak ni yang menjadikan #syedhamadi sebegitu rupa.. selain menjadikan watak yang pernah jadi nightmare rakyat malaysia ni, watak ni jugaklah sampai sekarang buat aku masih mencari watak apa lagi yang boleh aku jayakan yang buat korang akan ingat aku lagi.. tahun depan aku dah 44 tahun, amat rugi balance2 hidup aku kalau korang boleh ingat #syedhamadi je.. aku harap aku akan jumpa satu atau dua watak lain sebaik #syedhamadi.. ye terima kasih syed hamadi untuk semua ni.. award dan sijil ini adalah beban dan cabaran untuk aku mengadap hari esok dan seterusnya.. apa yang lebih baik boleh aku sumbangkan.. tiada apa2 kemegahan sebab tepuk sorai yang berpanjangan hanya akan menyakitkan tangan.. semoga akan lebih ramai pengkarya seperti @budakijat akan lahir lepas ni, lebih banyak produksi setulus @radius.one yang tak menghambakan karya pada rating dan puji2 kosong semata2 namun lebih pada karya2 yang menjentik jiwa dan rasa, akan ramai lagi penonton2 seperti penonton drama #nur yang bijak dan dikesani dengan karya2 kemanusiaan yang tidak hanya berpaksi pada hiburan.. semoga esok adalah kelahiran semangat baru.. in shaallah 🙏 #yayasanpembangunanbukunegara #anugerahtelenovela2019 #alhamdulillah

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Semoga ini bukan hadiah kesian” – Azhan Rani menang lagi, kali ini anugerah khas juri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*