“Baca Skrip, Bukan Tengok Telefon Je !” – Nabila Huda ‘Sound’ Artis Tak Fokus Dalam Set Penggambaran

PELAKON Nabila Huda menyuar4kan rasa kecewa dengan sikap segelintir selebriti yang mengambil sikap sambil lewa ketika menjalani sesuatu penggambaran drama mahupun filem.

Kata Nabila, 34, seseorang pelakon itu seharusnya membuat persediaan dengan membaca skrip berulang kali agar memahami watak yang dibawa mereka.

“Ada saja pelakon yang tak fokus, lepas tu tak deliver dalam lakonan kerana mereka ini hanya hafal dialog… kenapa? Sebab boleh rasa mereka sekadar bercakap. Feel tu tak rasa. Sepatutnya mereka bersedia, baca skrip bukan asyik tengok telefon.

Nabila akan berulang kali membaca skrip bagi memastikan sesuatu watak itu berjaya dibawanya.

“Itu yang buat saya rasa mereka ni tahu berlakon ke tak reti berlakon? Tak memberi pun. Tapi kadang-kadang fikir nak habiskan kerja, terpaksa teruskan saj4lah.

“Kadang-kadang saya akan bantu… sampai seminggu pun saya bantu. Tapi kalau dah dekat sebulan nak kena buka kelas akademi, aku pun rengs4 (melvat),” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila yang baharu menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) menerusi Dia Tak Berd0sa berkata, dia akan memberikan sepenuh komitmen terhadap setiap tawaran yang diterimanya.

Meskipun sudah hampir 18 tahun menceburkan d1ri dalam bidang lakonan, Nabila berkata, sehingga kini dia akan berulang kali membaca skrip bagi memastikan watak yang dibawa berjaya dihasilkan dan seterusnya men1ngg4lkan kesan kepada penonton.

“Biasanya apabila diberikan watak, saya akan study kar4kter-kar4kter itu, baca sampai tiga kali skrip dan akan fahamkan. Kemudian plan apa yang saya nak buat dengan kar4kter macam ni supaya ia tak jadi stereotype atau sama dengan kar4kter lain.

“Saya tak akan ambil ringan kerana kalau bekerja, saya memang serius termasuk fikirkan baju yang nak dipakai untuk disesuaikan dengan watak,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Baca Skrip, Bukan Tengok Telefon Je !” – Nabila Huda ‘Sound’ Artis Tak Fokus Dalam Set Penggambaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*