Abang Isa Khan Terkejut Bila Tahu Risteena Pernah Bertunang & Hampir Kahwin

“Saya agak terkejut juga bila dapat tahu Risteena sebelum ini sudah bertunang dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini. Saya ada hubungi (Isa), cuma mungkin dia tak berani dan belum terbuka lagi nak kongsi mengenai hubungan cinta mereka itu. Bagi saya, masing-masing dah dewasa.

“Kalau mereka pilih untuk berkahwin, nak tanggung risiko dan bersedia dengan komitmen itu baguslah,” demikian kata abang kepada pelakon Isa Khan, yang juga aktor Miller Khan, memberitahu bahawa dia tidak pernah mengetahui status wanita yang dikaitkan sebagai kekasih adiknya, pelakon Risteena Munim itu pernah bertunang dengan jejaka lain dan merancang berkahwin pada tahun ini.

Bahkan, Miller atau nama sebenarnya, Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, 32, menjelaskan dia juga tidak mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan kisah percintaan adiknya dengan Risteena. Terdahulu, Risteena pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin, namun hubungan itu dikatakan terputus. Susulan daripada perkhabaran itu, Risteena kemudian didakwa menjalin hubungan cinta dengan pelakon Isa Khan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, kedua-dua mereka masih mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan mengenai desas-desus tersebut. Sebelum ini, Risteena juga memberi gambaran bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Hal itu dikuatkan lagi apabila Risteena berkongsi sebuah video d1rinya yang selesai melakukan proses fitting busana perkahwinan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Artis Malaysia

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Abang Isa Khan Terkejut Bila Tahu Risteena Pernah Bertunang & Hampir Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*