“Perniagaan Papa Makin Kukuh” – Netizen Tumpang Gembira Mustapha Kamal Dianugerahkan Gelaran Datuk Paduka!

Jika dahulu kita sering saksikan Mustapha Kamal berlakon sebagai individu berpangkat Datuk, namun kini ia semua menjadi kenyataan apabila dia dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) membawa gelaran Datuk Padvka.

Penganugerahan tersebut diberi bersempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, kelmarin.

Menerusi satu posting di akaun Facebook, Mustapha melahirkan rasa syukurnya apabila menerima anugerah berkenaan. 

“Merafak sembah setinggi-setinggi tahniah kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi.

“Patik dan seluruh rakyat jelata mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuanku dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta bahagia dunia dan akh1r4t,” katanya.

Sementara itu, di media sosial kebanyakan netizen seakan meraikan penganugerahan tersebut.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut.

Tidak kurang juga yang berjenaka mengenai ‘Megah Holdings’ yang sebati dengan pelakon tersebut susulan pembawaan watak-watak korporat dalam dramanya sebelum ini.

Anda boleh lihat komen dan reaksi lucu di bawah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Perniagaan Papa Makin Kukuh” – Netizen Tumpang Gembira Mustapha Kamal Dianugerahkan Gelaran Datuk Paduka!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*