Bakal Jayakan Watak Nurul Izzah, Lisdawati Gementar & Risau!

Pelakon Lisdawati mengakui d1rinya agak gementar dan risau apabila diberikan tanggungjawab untuk menjayakan watak Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam filem ‘Mahathir, The Journey’.

Menurut Lisdawati, sebelum ini ada peminat yang pernah mengatakan wajahnya mempunyai persamaan dengan tokoh politik muda itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum… Ada ni kami dah sampai Kuala Selangor .. Lepas Subuh gerak dr rumah .. Yeah lastday shooting kat sini … 😝 #shootingjauhtapibalikhari . . @ainina_ahmad_b

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

“Saya hadir ke sesi uji bakat untuk menjayakan watak ini. Malah, sebelum ini ada juga peminat yang kata muka saya seiras dengan Izzah.

“Sebelum ke sesi berkenaan, saya membuat persediaan serba sedikit. Saya membuat kajian dahulu mengenai cara Izzah bercakap dan bergaya menerusi foto dan video di internet.

“Alhamdulillah, selepas sesi uji bakat, pihak produksi menawarkan saya watak terbabit. Saya rasa gembira, tapi pada masa yang sama, saya gugup dan risau kerana ia satu tanggungjawab besar,” katanya.

Lisdawati ditemui di majlis sidang media filem ‘Mahathir, The Journey’ arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan di Sheraton Petaling Jaya, pada Isnin.

Filem ‘Mahathir, The Journey’ menampilkan kisah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.

Tambah Lisdawati, dia belum pernah berjumpa dengan Izzah secara berhadapan tetapi dia sangat kagum dengan wanita itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Berangan nak kembali zaman 15tahun lepas … Rasanya nampak muda ke? #konon25tahun 😝😝 #sesekaliperasansendiri😝 . . . @butik.balqis.eksklusif

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

“Dia seorang tokoh yang tegas dan berani. Saya sangat menghorm4tinya. Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, saya akan membawakan watak ini dengan sehabis baik.

“Biarpun tidak banyak babak, saya terlibat dalam satu babak penting yang mewarnakan jalan cerita filem ini,” katanya lagi.

‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta akan memulakan penggambaran pada bulan Disember hadapan.

Selain Lisdawati, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq), Ning Baizura (Datin Padvka Marina Mahathir), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.

Ia akan menjalani penggambaran di Putrajaya, Kedah, Kelantan dan Hiroshima, Jepun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setelah hari2 ku berlari … Rasanya muka ada cengkung sikit tak 😅😅😅 . . ❤

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bakal Jayakan Watak Nurul Izzah, Lisdawati Gementar & Risau!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*