“Sama-Sama Dalam Keadaan Kering Lah!!. Kalau Basah Sekali Pun, Kita Boleh S4mak, Kan?,” – Nabila Huda

Kec0h di media sosial beberapa hari lalu apabila pelakon Nabila Huda memuat naik gambar bersama seekor anj1ng jenis Husky Siberian yang menjadi bualan ramai pihak.

Foto tersebut dirakam ketika pelakon berusia 34 tahun itu sedang bercuti ke New Zealand bersama ahli keluarga.

Bagaimanapun, Nabila atau mesra disapa Abil mempunyai sebab tersend1ri untuk berbuat demikian kerana baginya, dia sekadar menunjukkan rasa cinta terhadap haiwan yang juga makhluk ciptaan Tuhan.

“Saya tak anggap perbu4tan itu memberi peng4ruh bvruk kepada sesiapa.

“Saya nak tunjuk bahawa sebagai manusia, kita perlu menyanyangi setiap benda yang ada di muka bumi ini.

“Rasanya tiada masalah untuk kita berbuat baik dengan apa sahaja termasuk jenis haiwan, anj1ng juga makhluk Allah,” katanya jujur.

Pada masa sama, bintang mun4f1k ini turut menambah dia dan haiwan berkenaan berada dalam keadaan kering ketika sama-sama merakam foto.

“Ketika foto itu dirakam, saya dan anj1ng berkenaan sama-sama dalam keadaan kering. Kalau dalam keadaan basah sekali pun, kita boleh samak,kan?

“Jadi, tidak perlulah menjadikan perkara itu sebagai sesuatu isu besar,” jelas Abil kepada MH.

Abil menjelaskan perkara berkeaan ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hello Everybody!👋🏽 (Relax..Saya dah cibuk muka Saya Dan samak)😜

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Malah, tindakannya yang bergambar bersama seekor anj1ng turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak.

Bagaimanapun, anak kepada penyanyi Amy Search ini menyarankan agar PU Syed atau sesiapa sahaja supaya lebih memberikan fokus kepada isu lebih besar, seperti gejala sosial khususnya melibatkan remaja.

“Kalau ada sesiapa yang hendak memberikan pendapat atau ceramah sekali pun, lebih baik mereka fokus pada masalah remaja hari ini yang semakin teruk,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Sementara itu, Nabila dinobatkan pemenang bagi kateg0ri Pelakon Drama Terbaik menerusi Dia Tidak Berd0sa, sekali gus mengetepikan calon lain seperti Eyka Farhana, Mimi Lana, Sweet Qismina dan Sherie Merlis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Penutup 2019 yang paling manis! Thank you sis @sheilarusly_jspictures dan uncle @jinggo_jspictures sebab bagi abil kepercayaan Untuk bawak character tul..it’s not easy,penuh dgn emosi Sbb cerita ni berat.Without both of you,abil Mesti tak dapat merasa pegang throphy tu malam tadi..Tak jugak Pada all the cast dan semua yang terkibat,Anugerah ni Untuk anda semua! Sayang korang! Tak lupa jugak Terima kasih pada @tv3malaysia yang banyak bagi abil peluang dari abil belasah tahun sampai lah skarang.Semalam adalah hari yang paling indah.Terima kasih Pada peminat yang menyokong Saya selama ni.. To @sweetqismina @missmimilana @eykafarhana Dan kak @sherrymerlis , Award ni adalah Untuk Anda juga..💕 #Diatakberdosa @jspictures_js

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Congratulations to #kamarkamariah !tak Dia-Dia la kena sepak terajang dengan murad…😂

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto : Instagram Nabila Huda

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sama-Sama Dalam Keadaan Kering Lah!!. Kalau Basah Sekali Pun, Kita Boleh S4mak, Kan?,” – Nabila Huda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*