Che Ta tak kisah disamakan dengan Big Bird

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan, enggan melatah apabila d1rinya disamakan dengan kar4kter Big Bird dalam program Sesame Street apabila menyarungkan gaun kembang berwarna kuning pada acara Anugerah Skrin (ASK) 2019, kelmarin.

Bukan sekadar watak burung besar dalam rancangan kanak-kanak popular terbabit, malah sesetengah warganet turut menyamakan persalinan rekaan Zaimi Zulkafli itu seperti pulut kuning bertingkat.

Tidak lama selepas kemunculan artis jelita itu sebagai penyampai pada acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat lalu, gambar d1rinya bersama kar4kter berkenaan mula tular di media sosial.

“Saya sudah masak dan faham dengan per4ngai netizen yang mudah terhibur dengan perkara sebegini.

“Saya tidak kisah dan tak ambil serius pun dengan perkara itu. Sekali pandang, memang ia kelihatan serupa, tetapi tetap tak sama.

“Sebaliknya, saya menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu. Saya yakin, ramai juga yang terhibur dengan kegigihan mereka menggabungkan gambar saya dan (kar4kter) burung itu dalam kolaj,” kata selebriti lebih mesra disapa Che Ta itu kepada BH Online.

CHE Ta hargai usaha pereka fesyen yang menghasilkan rekaan unik dan cantik. – Foto Instagram Rozita Che Wan

Pelakon Suri Katriana itu berkata, dia amat menghargai usaha keras pereka fesyen menghasilkan rekaan yang menarik.

“Saya begitu menghorm4ti kreativiti dan kegigihan pereka fesyen. Bukan mudah untuk menghasilkan gaun yang unik dan cantik,” katanya yang memeriahkan acara terbabit bersama suami, Zain Saidin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: BHOnline

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Che Ta tak kisah disamakan dengan Big Bird"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*