“Tunang orang didukung-dukung, anak dara orang boleh civm-civm dahi” – Abby Abadi tegur percampuran bebas punca rezeki tak berkat

PELAKON Abby Abadi menegur tindakan segelintir golongan muda yang semakin terbuka apabila bersentuhan dengan bukan mahram dan menganggap ia sebagai perkara biasa dalam kehidupan harian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 41, berkata, isu tersebut hanya mengundang kepada pintu kemungkaran dan punca rezeki yang tidak berkat.

“Suami kita jangan bagi perempuan lain pegang. Kalau pegang pun jangan, bertepuk tampar pun perlu dielakkan, pelvk apatah lagi ya. 

“Bila mula membiarkan suami kita atau isteri kita, waima anak-anak sekalipun disentuh, dipelvk oleh sesiapa sahaja yang bukan mahram mereka, dengan macam-macam alasan untuk menghalalkan cara. 

“‘Tak apa… dah macam abang, tak apa macam adik send1ri… tak apa macam keluarga. Itulah permulaan yang membuka kepada pintu-pintu kemungkaran,” tvlisnya di Instagram pada Jumaat.

Status teguran Abby buat golongan muda yang mengamalkan pergaulan bebas.

Abby Abadi memuat naik sebuah posting mengingatkan pengikutnya di media sosial supaya menitikberatkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Dalam pada itu, Abby mengakui pernah melalui kehidupan seperti itu ketika aktif di industri hiburan. 

Bagaimanapun, pelakon drama Gerak Khas ini mengakui sedar dengan kesilapan tersebut dan mula berubah ke arah menjaga pergaulan.

Dia juga bertanggungjawab untuk mengingatkan umat Islam lain agar tidak melalui perkara sama yang akhirnya membawa kepada pengakhiran tidak baik.

 

Suami kita jangan bagi perempuan lain pegang. Kalau pegang pun jangan, bertepuk tampar pun perlu di elakkan, peluk apatah lagi ya.

ABBY ABADI

Pelakon

“Saya lalu jalan tu dulu. Saya kerja dalam bidang yang membuatkan saya tak jaga atau peduli pasal ikhtilat. Terlupa halal h4ram segala sebab sy4itan meriah di situ, sana, sini. 

“Suami orang buat macam suami send1ri. Isteri orang selamba lelaki lain pegang laga-laga pipi. Tunang orang pun boleh didukung-dukung, anak dara orang boleh ciium-ciium dahi, pegang-pegang tangan, silang-silang kaki lagi… aduh!,

“M4ksiat besar-besaran dan terang-terangan sangat itu mendatangkan kemvrkaan Allah tapi sebab dah biasa tengok, nampak macam perkara biasa, macam tiada apa-apakan?” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buleh tak nk membebel sekejap? 😁 . Dah pernah cakap dah pasal hal ni, tapi nk ulang lagi sbb takde siapa yg menegur, makin berleluasa mcm takde segan silu dah… Tapi sebelum tu, nak kenalkan ni Suami Sy @jaiezzany kotlah belum ada yg kenal hihi ☺️ . IKHTILAT Suami kita jangan bagi perempuan lain pegang. Kalau pegang pun jangan, bertepuk tampar pun perlu di elakkan, peluk apatah lagi ye 😊 . Bila mula membiarkan suami kita atau isteri kita, waima anak2 sekalipun di sentuh, dipeluk oleh sesiapa sahaja yg bukan mahram mereka, dgn mcm2 alasan utk menghalalkan cara, “takpe.. dah anggap mcm Abg, takpe mcm adik sendiri.. takpe mcm keluarga bla bla bla..” itulah permulaan yg membuka kepada pintu2 kemungkaran . Dan bila dah bergelumang dgn perkara2 mungkar (maksiat) mcm tu, rezeki pun jadi tak berkat. Bila rezeki tak berkat, akan bermulalah perkara2 yg tak sepatutnya. Yelah.. syaitan dah menang. Fahamkan? 🙊 . Saya lalu jalan tu dulu. Sy kerja dalam bidang yg membuatkan Sy tak jaga/peduli pasal ikhtilat. Terlupa halal haram segala sbb syaitan meriah disitu sana sini. Suami org buat mcm suami sendiri. Isteri org selamba je lelaki lain pegang laga2 pipi. Tunang org pun buleh di dukung2, anak dara org buleh cium2 dahi, pegang2 tangan, silang2 kaki lagiii…. Aduh duhhh duhhh.. maksiat besar besaran & terang terangan sangat tu yg mendatangkan kemurkaan ALLAH huhu… tp sebab dah biasa tengok, nampak mcm perkara biasa, mcm takde pape kan? 😭 . Jadi skrg… bila dah perasan, dah faham apa yg perlu dijaga.. jadi Sy usaha nk kita sama2 menjaga juga. Supaya pengakhiran kita nanti bukan dalam maksiat ye anak2, adik abang kakak makcik pakcik ye.. . Saling mengingatkan & berpesan2 kerana ALLAH Bukan bermakna Sy sempurna.. tp utk perbaiki diri bersama ye. Oklah tu je nk cakap. Selamat Hari Jumaat dari dalam kereta nk sampai JB dah hehe.. 🥰

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tunang orang didukung-dukung, anak dara orang boleh civm-civm dahi” – Abby Abadi tegur percampuran bebas punca rezeki tak berkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*