“Inilah Cinta Baru Saya” – Emelda Rosmila Kongsi Sesuatu Yang Buat Ramai Terkeejut

Kebiasaannya golongan artis cenderung terlibat dalam perniagaan berasaskan produk kecantikan dan jenama pakaian send1ri.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan pelakon Emelda Rosmila apabila dia kini sibuk mengusahakan kebun sayur miliknya.

Perkara itu dikongsikan isteri kepada aktor Adlin Aman Ramlie menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cinta Baru Mel. Alhamdulillah betapa indahnya rasa, bila tgk hasil titik peluh kita berbulan2 membuahkan hasil. #meladlinedrafarm

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

“Cinta baru Mel, sebenarnya Mel dah mula bercucuk tanam beberapa bulan yang lalu.

“Tapi tak nak dedah sangat, takutlah nanti tanaman kita tak jadi atau kita macam hangat-hangat taik ayam ke, tapi apabila tengok sayur-sayuran ini tumbuh segar, Mel gembira sangat,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Im so excited and i just cant keep it anymore! Especially apa yg diusahakan membuahkan hasil. This is my new love, old dreams, new venture. Thanks dear hubby and Edra for your endless support. Doakan Mel okay? ❤️❤️❤️ @adlinamanramlie @edrarafaeladlin #meladlinedrafarm

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

Video yang memaparkan Emelda mengenakan ‘seragam’ pekebun itu turut menarik perhatian orang ramai termasuk rakan artis yang memuji usaha yang dilakukannya.

Menerusi ruangan komen, Emelda memberitahu kebun sayur miliknya itu terletak di Bukit Beruntung, Selangor.

Difahamkan, kesemua sayur itu kemudian dijual kepada pemborong.

Dalam pada itu Emelda juga meluahkan rasa syukur apabila usahanya itu turut mendapat sokongan daripada keluarga.

“Terima kasih suami dan Edra kerana sentiasa menyokong. Doakan Mel okay?” tvlisnya di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No Bling, No Fancy Car, No Berkin, No Mansion, No Fame, cuma ada kebun sayur jerr 😊 #meladlinedrafarm #dramafreelife

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Inilah Cinta Baru Saya” – Emelda Rosmila Kongsi Sesuatu Yang Buat Ramai Terkeejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*