Hanya sejam bernafas! Adik ‘ikut’ abang selepas papa bisikkan azan – “Inilah anugerah terindah buat mama!”

SEMESTINYA kehadiran cahaya mata antara saat yang dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri hingga tidak lekang dek senyuman di bibir tatkala mengetahui hadirnya malaikat kecil yang menghuni rahim si ibu.

Malah anugerah terindah inilah yang turut dirasai pasangan muda ini sejak kali pertama mendengar degupan jantung si kecil.

Namun begitu, kegembiraan yang dirasai tidak kekal apabila mereka diuji, bukan sekali malah dua kali apabila melalui pengalaman pahit kehil4ngan insan yang disayangi, kerana zuriat yang dititipkan hanya untuk sementara sahaja.

Maryam Eiliya dilahirkan pada 5 November meningg4l selepas satu jam dilahirkan.

Malah kisah sed1h ini turut dikongsikan oleh seorang wanita menerusi akaun Facebooknya @Luna Abdullah  pada Selasa hingga menarik perhatian ramai.

Mesra disapa Luna, dia berkata kehilangan cahaya matanya baru-baru ini bukan kali pertama kerana sebelum ini anak sulungnya, Syafi’ Ramadhan Syazwan Syahazin turut meningg4l dunia tahun lalu ketika usia kandungannya empat bulan.

Kali ini, anak keduanya pula mengikut langkah abangnya ketika usia kandungan mencecah enam bulan dan menghembvskan nafas terakhir selepas satu jam dilahirkan pada 5 November lalu.

Apabila mengimbau kembali kenangan itu, Luna menganggap ia seolah-olah sebuah mimpi nge3ri buat dia dan suaminya.

“Hari Isnin (21 Oktober) adalah mimpi ng3eri buat mama dan papa. Hari tu kami buat temujanji untuk jalani ujian detail scan bersama doktor pakar di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Oleh kerana adik tidak sihat, dua doktor pakar scan untuk sahkan peny4kit adik.

“Ada dua pilihan yang diberikan kepada mama dan papa iaitu jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam atau dua jam. Atau paling lama dua hingga tiga hari,” luahnya menerusi posting tersebut.

Semangat adik kuat untuk hidup walaupun hanya satu jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami. Semoga kesed1han kami pada harini Allah gantikan dengan kebahagiaan pada hari-hari akan mendatang

LUNA ABDULLAH

IBU

Kongsi Lina, sebelum ini bayi dalam kandungannya kelihatan sangat aktif ketika melakukan pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan, degupan jantung serta pergerakannya.

Namun, sudah menjadi ketentuan Ilahi apabila pada hari berikutnya ketika pasangan ini datang kembali untuk melakukan pemeriksaan didapati bayi dalam kandungan itu dalam keadaan tidak sihat.

“Lepas dua hari kami datang scan lagi dan dimaklumkan anak saya tidak sihat dan tidak boleh ‘disimpan’ lama dalam kandungan. Berderai air mata…,” luah Luna yang begitu telah menyiapkan pelbagai barang keperluan bayinya itu.

Susulan perkembangan terkini bayinya dan atas persetujuan dia dan suaminya, Luna akhirnya mengambil keputusan untuk bersalin lebih awal seperti yang disarankan doktor demi kebaikan bersama.

“Ini semua untuk kebaikan bersama, untuk kesihatan mama dan tak sanggup nak tengok adik s4kit… Bukan senang untuk kami tapi kami kuat… kami hamba Allah, siapa kita nak halang semua ni walaupun memang susah untuk kami terima.

“Siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Kami menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami,” katanya yang sepatutnya melahirkan anak keduanya itu pada 18 Februari tahun depan.

Kebahagiaan sementara yang dirasai oleh pasangan ini.

“Mama dan papa sangat sedih, hanya Allah saja yang tahu… Kami nampak kuat tapi sebenarnya kami tidak. Adik ialah anugerah terindah mama pernah dapat. Saat-saat bersama adik selama enam bulan dalam kandungan mama takkan pernah dilupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim mama,” luah Luna yang sed1h mengenangkan kehil4ngan bayinya.

Tambah wanita ini, dia kemudiannya di masukkan ke hospital pada 3 November lalu bagi menerima rawatan susulan dan bersyukur di atas doa serta kata-kata positif yang diterimanya, akhirnya bayi perempuan dilahirkan secara normal pada 5 November lalu.

“Alhamdulillah, syukur tepat 12.30 tengah hari adik dilahirkan. Doktor ambil adik letak kat dada mama. Ya Allah adik buka mata tengok mama. Sebak sangat masa tu. Comel, putih…” kongsi Lina ketika mengimbau saat bayi keduanya dilahirkan.

Lina dan suami, Syazwan Syahazin reda di atas pemergian anak kedua mereka.

Namun siapa sangka, kegembiraan itu hanya sementara apabila selesai sahaja suaminya mengazankan bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Eiliya, anak itu mengh3mbvskan nafas terakhir hanya kira-kira satu jam selepas dilahirkan.

Bagaimanapun, wanita ini bersyukur di atas pinjaman sementara yang dititipkan buat d1rinya dan suami.

“Alhamdulillah sempat azankan baby, tapi lepas saja suami azankan, adik h3mbvskan nafas terakhir…

“Semangat adik kuat untuk hidup walaupun hanya satu jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami. Semoga kesed1han kami pada hari ini Allah gantikan dengan kebahagiaan pada hari-hari akan datang,” katanya dengan reda atas pem3rgian anak keduanya.

Jelas Luna, anaknya didiagnosis menghidap anencephaly atau cacat tabung saraf malah ini merupakan satu komplikasi kehamilan yang cukup umum.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hanya sejam bernafas! Adik ‘ikut’ abang selepas papa bisikkan azan – “Inilah anugerah terindah buat mama!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*