[VIDEO] “Dahla Bulan Ni Birthday Saya, Kereta Pula Kena Tarik” – Sherry Alhadad

(Skroll ke bawah untuk tonton video penuh)

PENGACARA dan pelakon Sherry Alhadad sekali lagi mengiburkan peminat dengan keletah dan gelagat spontannya.

Terbaru, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad memuat naik satu rakaman video dimana kereta miliknya ditarik pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana diletak di kawasan larangan.

“Pengajaran hari ini ialah jangan letak kereta merata-rata ya.

“Kasihan saya, sudah la bulan ni birthday saya, kereta pula kena tarik,” kata Sherry di Instagram.

SEDIKIT BIODATA SHERRY ALHADAD

Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad atau lebih dikenali sebagai Sherry Alhadad merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV terkenal Malaysia. Beliau juga bergelar pensyarah di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang teater. Bakat lakonan Sherry bermula ketika menuntut di ASWARA dan kemudiannya dibawa ke industri lakonan oleh pengarah Shahrulezad Mohamamedin menerusi telefilem “Sutun” pada tahun 2006. Sejak itu dia bergelar pelawak dan pengacara TV terkenal termasuk pernah mengacar4kan program sensasi Melodi TV3. Beliau begitu popular bersama rakan regunya pelawak Zulin Aziz yang sama-sama mengacar4kan program bual bicara di TV9 iaitu “Diva – Terbitan”

Sherry datang daripada keluarga yang menceburi bidang seni. Anak-anak saudaranya (yang lebih berusia darinya) terlebih dahulu menceburi bidang seni iaitu dram4tis tersohor 90an Sharifah Haslinda dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Setelah itu seorang lagi anak saudaranya (yang lebih muda), Sharifah Sakinah juga bergelar pelakon dan pelawak.

Pengacara program Muzik-Muzik ini bagaimanapun berjaya mendapatkan kembali kenderaannya selepas membayar sejumlah denda.

Kejadian dipercayai berlaku disekitar Damansara Uptown.

VIDEO PENUH :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  :  Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Dahla Bulan Ni Birthday Saya, Kereta Pula Kena Tarik” – Sherry Alhadad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*