“Arrian Dan Andra Nak Dapat Adik!” – Tomok Kongsi Gambar, Isteri Hamil Tiga Minggu

PENYANYI Tomok mengumumkan berita gembira dan mengesahkan isterinya Rahayu Abbas kini hamil anak ketiga mereka pada Jumaat.

Menerusi laman Instagram, Tomok atau nama Shah Indrawan Ismail, 35, memuat naik foto alat ujian kehamilan dan mengucapkan syukur di atas kurniaan tersebut.

“Bismillahirahmanirahim! Alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga

“Ayah doakan ibu di permudahkan segalanya. Arrian dengan Andra nak dapat adik! Alhamdulillah.. terima kasih Allah!,” tvlisnya.

Pada alat ujian kehamilan tersebut memaparkan usia kandungan sudah melebihi tiga minggu.

Tomok berkongsi perasaan gembira apabila isterinya kini hamil tiga minggu.

Terdahulu, Tomok berkahwin dengan Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

keluarga kecil saya ❤️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.

“Tahniah Tomok, mesti dapat baby girl pula kan? Alhamdulillah… semoga dipermudahkan dan selamat bersalin nanti.

“Ya Allah nikmatnya, tahniah… baru tengok semalam famili Tomok dengan kapsyen ‘keluarga kecil kami’, hari ini keluarga makin membesarlah,” komen pengikut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Arrian Dan Andra Nak Dapat Adik!” – Tomok Kongsi Gambar, Isteri Hamil Tiga Minggu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*