Satu Usaha Memelihara Bumi, Syarikat Tempatan Reka Penyedut Minuman Dari Beras

Dalam keadaan planet yang semakin ten4t, ramai yang mula menunjukkan kesedaran terhadap alam sekitar dengan melindungi alam semula jadi dan hidupan liar menerusi gaya hidup yang mesra alam.

Salah satunya adalah menciptakan penyedut minuman yang diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh diguna semula atau yang mudah diurai.

Jika penyedut minuman besi dan silikon sudah menjadi pilihan alternatif mereka yang ingin memelihara hidupan laut, kini sebuah syarikat dari Pulau Pinang telah menghasilkan penyedut minuman yang diperbuat daripada beras dan boleh dimakan.

Penyedut ‘Rice Straws’ diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi iaitu beras dan ubi kayu tanpa menggunakan apa-apa menambah makanan.

Ia tidak tidak mempunyai rasa dan tidak akan menjejaskan rasa minuman yang diminum menggunakan penyedut itu. Bahagian bawah yang direndam dalam minuman akan mempunyai tekstur seperti kanji manakala bahagian atas dikatakan rangup seperti keropok.

Penyedut berkenaan boleh bertahan selama dua hingga lima jam dalam air pan4s dan kira-kira lima hingga 10 jam dalam air sejuk.

Syarikat itu juga mendakwa bahawa penyedut minuman itu akan terurai sepenuhnya dalam masa 90 hari dan ia juga boleh dijadikan makanan haiwan atau baja.

Hadir dalam saiz biasa dan saiz besar untuk minuman boba, penyedut beras ini sangat berguna bagi mereka yang ragu-ragu dengan keselamatan penyedut minuman besi yang sebelum ini telah pernah mer4gut ny4wa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Facebook, WOB via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Satu Usaha Memelihara Bumi, Syarikat Tempatan Reka Penyedut Minuman Dari Beras"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*